Assalamualaikum.
Saya ingin berkongsi cerita tentang peristiwa yang berlaku pada hari Isnin lepas. Ia membuatkan saya terfikir, agaknya masyarakat zaman sekarang sudah hilang budi bahasa dan hilang rasa hormat menghormati sesama sendiri.
Saya pergi ke fakulti untuk menghantar bahagian kedua projek ISYS saya. Dalam perjalanan ke ofis Dr. A, saya terserempak dengan seseorang yang saya baru kenal tapi kami tidak pernah berbual. Dengan rasa hormat, saya senyum dan menegurnya. Dia? Dia melihat saya dari atas sampai bawah. Bukan senyuman yang saya dapat, tapi wajah yang masam mencuka. Saya buang perasaan buruk sangka dan menjemputnya naik tangga terlebih dahulu. Bukan senyuman juga yang saya dapat, tapi wajah yang masam mencuka dan katanya,"Kita sama-sama nak naik tangga, awak naiklah dahulu."
Dalam keadaan terkejut, saya sempat berfikir. Kalau begini sikapnya, lebih baik saya teruskan kerja saya. Saya terus naik tangga dan tidak menoleh ke belakang langsung. Mmm...
Saya tak pasti apa masalah beliau tapi dari riak wajahnya, mungkin beliau bukan orang yang bersikap mesra terhadap orang lain. Bukan mesra yang dipinta, sekurang-kurangnya kita ada budi bahasa. Agaknya masyarakat zaman sekarang memang sudah hilang budi bahasa. Saya tidak mengharapkan beliau untuk menegur atau berbual, sekurang-kurangnya lemparkan senyuman untuk saya yang menegur dahulu.
Walaupun terkilan dengan sikap beliau, saya lupakan saja. Beliau orang terpelajar dan bekerja di universiti terkemuka. Saya sekadar pelajar di universiti tersebut. Tidak mengapa. Saya bijak mengukur baju di badan sendiri. Agaknya taraf kami berbeza dan ia membuatkan beliau tidak mahu menegur saya.
Sentiasa bersikap merendah diri dan mesra dengan orang lain itu adalah sikap yang mulia. Senyuman itu sedekah. Ia membuatkan kita sentiasa gembira dan menghilangkan rasa bangga diri. Tidak timbul soal taraf atau nilai seseorang. Yang penting, kita saling hormat menghormati dan bersyukur dengan rezeki kurniaan Tuhan.
Jumpa lagi kelak. Wassalaam...
2 comments:
karenah manusia yg pelbagai ragam, yg paling berbahaya bila timbul sifat riak tanpa sedar, wallahualam bi shawab.. ya Rahman, ya Rahim, jauhkn kami dr sifat2 sedemikian..
"Bila tidak dikenali sesorg yg berpangkat/bergelar, kita hanya melihat dia sbg org biasa, lalu x diendahkan, begitulah manusia yg lupakan Allah, di akhirat tiada siapa mengendah kesusahannya, Allah melupakannya sbgmana dia lupakan Allah di dunia." (via Zaharuddin.net)
Thank u so much dear. Agak terkilan dengan sikap mereka yang agak sombong tapi itu pengajaran untuk kita juga. Semoga Allah S.W.T. sentiasa mengingatkan kita tentang kehidupan yang singkat ini. Segalanya adalah milik Allah S.W.T.
Post a Comment