Assalamualaikum.
Hari ni Mr. AJ balik. Alhamdulillah. Anak-anak asyik tanya tentang dia. Saya pulak teringin nak makan seafood. Kalau dia dah balik, saya nak keluar makan dengan anak-anak. Heheheh... Hujung minggu ni kami merancang nak balik kampung. Jauh tau! Sekurang-kurangnya 6 jam perjalanan menggunakan kereta. Atau naik flight ke Sibu, kemudian naik kereta selama 1 jam ke kampung.
Pandang-pandang jeling-jeling; lagu ni best. Suka dengar irama lagu ni. Saya dan suami menyanyikan lagu ni pada hari perkahwinan kami 10 tahun yang lepas.
Sebenarnya saya nak bercakap tentang sikap manusia yang suka pandang-pandang jeling-jeling. Kenapa ye? Sakit mata ke? Atau sakit hati? Sukar nak ditafsirkan mereka yang bersikap begini. Mula-mula saya agak terkejut kerana saya mengenali mereka dan mereka juga mengenali saya. Bila berlaku beberapa kali, saya tak hiraukan mereka lagi. Yang penting, kita ambil iktibar dari situ. Muhasabah diri dan tingkatkan kekurangan diri. Saya kasihan dengan mereka. Bersikap begitu bukankah menyusahkan diri sendiri. Semoga Allah S.W.T. mengampunkan segala dosa mereka dan memberi hidayah kepada mereka.
Kita sekadar manusia biasa. Sentiasa melakukan kesilapan dan perlukan bimbingan. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini kecuali jika kita sendiri yang merasakan kita itu sempurna. Ya Allah! Jauhkan aku dari sikap sombong dan bongkak ini.
Untuk teman-teman yang membaca coretan ini, kita sama-sama mengingatkan satu sama lain. Hidup ini terlalu singkat. Tidak perlu melihat kekurangan orang lain tapi ingatlah pada mereka atas kelebihan mereka. Sebab kita semua akan bersama-sama menghadapNya yang satu. Tiada yang lebih sempurna dan kekal kecuali Allah S.W.T.
4 comments:
kampung ne ya? hehehe... selamat balik kpg...
psl urg suka jeling2 ya, ignore jak... mst kta bagus gik dr nya sbb ya nya jeling2 ya
Kmk nak balit ke Saratok. Terima kasih.
Yalah. Sidak ya sakit mata kali. Sik lamak gik ktk due nak? Insya Allah. Kmk doakan semuanya berjalan dgn lancar. Peluk cium Iman ktk dr Iman kmk. ;-D
ooh... xjuak jauh ne mun driving ya... hehehe...
makseh... :)
Huhuhu... 6 jam ya sik jauh tp lamak. Berasa juak dlm kereta ya. Ngembak nemiak ya lah lelah gilak. :-D
Post a Comment