Assalamualaikum.
Dah berapa hari saya tak update blog. Sibuk dengan persediaan untuk mengajar pada minggu hadapan. Ada tiga subjek baru dan satu subjek lama yang saya mesti sediakan untuk para pelajar.
Akhirnya, masa saya digunakan sepenuhnya di ofis untuk menyediakan semuanya. Bukan mudah untuk menjadi seorang pendidik, perlu bersiap sedia sebelum memulakan kelas dan perlu banyak membaca dan memahami pelbagai persoalan dalam subjek yang diajar. Tapi bukan sukar juga untuk menjadi seorang pendidik, kerana saya suka berkongsi ilmu dengan para pelajar dan belajar sesuatu yang baru.
Pada hari Jumaat minggu lepas, saya menyertai rakan-rakan pensyarah yang lain untuk menjadi fasilitator dalam segmen permainan minda untuk pelajar baru. Suka melihat kesungguhan mereka untuk mencari jalan penyelesaian bagi permainan "Egg Capsule". Pernah dengar tak permainan ni? Menurut rakan pensyarah, ia sejenis permainan yang mencabar minda pelajar untuk mencari jalan penyelesaian. Bahan-bahan yang digunakan ialah sebiji telur, beberapa batang straw dan tali nylon. Setiap kumpulan pelajar perlu membina kapsul menggunakan bahan yang diberikan dan meletakkan telur di dalam kapsul tersebut. Kalau nak tambah bahan, kena beli menggunakan markah yang telah diberikan dan antara bahan yang boleh top-up ialah belon. Lepas tamat masa, kena jatuhkan kapsul dari tingkat 2 dan telur tak boleh pecah kalau nak jadi pemenang. Akhirnya, ada tiga pemenang. Mmm... budak-budak sekarang kan.. memang kreatif.
Bagaimana puasa tahun ini? Alhamdulillah. Disebabkan sibuk dengan kerja dan tanggungjawab di rumah, saya tak merasa yang puasa itu memberatkan. Malah seronok lagi ada. Kerana berjaya menurunkan 2 kg pada minggu lepas. Hihihi...
Tak tahulah, hilang selera makan sejak akhir-akhir ini. Tapi berselera tengok Nasi Briyani dan masakan yang ala-ala Hindustan. Teringat semasa mengandungkan Muhammad dulu. Suka betul tengok Shah Rukh Khan dan Kajol. Tiap-tiap hari tengok cerita diaorang. Hihihi... Tiap-tiap hari jugaklah, suami belikan nasi goreng mamak, roti canai dan kari kerana tak larat nak makan yang lain. Tengok-tengok, Muhammad pun dah macam hero Hindustan sekarang...
Selamat Berpuasa untuk semua! Ni dah hari ke-15 ye!
1 comment:
salam Usu..
lamanya tak update blog. bz rupanya..bagus la kan.seronok dgn kerja yg di buat..sure happy je kat pejabat..
berat turun 2kg? bape now? hehehe
Post a Comment