Assalamualaikum.
ICATS Portal yang saya develop sejak beberapa minggu lepas telah diupload (minta maaf kerana terpaksa mencampur adukkan penggunaan bahasa) ke server. Alhamdulillah. Masih dalam testing phase dan data entry level. Saya dibantu oleh seorang web administrator dan seorang pelajar training.
Dah lama saya nak explore cuma kesuntukan masa. Saya banyak menggunakan free site untuk upload bahan kuliah dan terfikir untuk develop central site bagi semua. Untuk kebaikan bersama pensyarah dan pelajar, saya redah je. Akhirnya, dapat juga saya develop sebuah portal untuk kolej kami. Ini memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Bukankah mudah kalau ada portal. Lebih senang untuk menyampaikan dan mendapatkan maklumat terkini.
Dalam kesedihan, saya dihubungi oleh web administrator pagi tadi. Tiba-tiba perasaan gembira memenuhi ruang hati dan fikiran saya. My little baby is uploaded! Yippeee!!!
Langkah seterusnya, cuma menantikan senarai nama pelajar dari semua pensyarah IT. Mereka mesti didaftarkan (registered) kepada subjek yang diajar oleh pensyarah masing-masing. Kemudian, barulah mereka dapat log in ke portal baru kami.
Minta maaf kerana penggunaan bahasa yang bercampur aduk. Saya baru nak solat Asar. Tiba-tiba tangan ni cepat je menaip kat lappy cute ni.
See you in my next entry!
2 comments:
guna apa buat portal?
Angah kat sini develop system guna visul studio - VB.aspx.
dan setiap dugaan insyaAllah ada kemanisan.. :)
campur2. moodle n php. lebih senang. sbb tu cepat. angah develop system ape?
a'ah kan angah. manisnya kurma itu. hihihi...
Post a Comment