Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
Saya sibuk semenjak hari pertama bercuti sehingga malam semalam. Cuma menjenguk blok yang ditinggalkan dan melawat entri terkini teman-teman lain. Alhamdulillah. Mood raya masih bersisa lagi. Tapi entahlah. Ada sesuatu yang masih tersimpan di hati.
Hari Raya tahun ini paling banyak menyimpan kenangan manis dan pahit. Ini agaknya penyebab saya ketandusan idea untuk menulis di blog. Saya memilih untuk berdiam diri sahaja. Lebih tenang begini.
Kita jumpa lagi kelak. Wassalaam.
No comments:
Post a Comment