Assalamualaikum.
Dah hantar borang nyata cukai pendapatan? Sila daftar e-Filing untuk memudahkan proses anda bagi yang bekerja dan mempunyai borang EA.
1. Daftar e-Filing anda di kaunter LHDN yang terdekat.
2. Login dan semak maklumat peribadi yang terdapat dalam borang e-Filing.
3. Masukkan jumlah yang berkaitan dalam borang e-Filing berdasarkan borang EA yang disediakan oleh majikan.
4. Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan ia boleh dihantar terus secara dalam talian.
5. Ia boleh disimpan dan dicetak untuk simpanan peribadi.
Mudah, Cepat dan Selamat!
Pejabat LHDN di Kuching ada menyediakan tempat untuk orang ramai mengisi e-Filing menggunakan komputer. Khidmat bantuan turut diberikan untuk mereka di situ.
Selamat menjalankan tanggungjawab anda! :-D
No comments:
Post a Comment