Assalamualaikum.
Mengapa harus bertemu dan mengenali manusia-manusia yang berhati batu dan bersikap mementingkan diri sendiri? Entahlah. Jika ikhlas bekerja, pasti sikap-sikap begini tidak wujud dalam diri. Sukarkah nak bersikap ikhlas? Hilangkan kewarasan manusia pada zaman sekarang? Mengapa perlu bermuka-muka? Mengapa perlu berpura-pura?
Kita semua akan menghadap yang Satu kelak. Kita semua datang dariNya dan kembali padaNya. Tidak perlu bersikap sombong dan bongkak hanya kerana perbezaan pangkat atau status. Beginilah sikap umat Islam pada zaman sekarang, bila terlalu taksub dengan keduniaan dan tidak mementingkan kepentingan amal ibadah kepadaNya. Hilang rasa hormat dengan manusia yang bersikap begini walaupun sudah lama mengenali mereka.
Ya Allah! Jauhkan aku dari mereka yang bersikap jahil dan sombong. Dekatkan aku kepada mereka yang beribadah kepadaMu. Amin...
No comments:
Post a Comment