Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu!


Credit to tumbr.com

Assalamualaikum semua!

Selamat Hari Ibu untuk bonda dan bonda mertua yang tersayang, makcik-makcik saudara yang dihormati, kakak-kakak dan adik-adik yang tersayang, sepupu-sepupu, sahabat-sahabat dan semua ibu cemerlang!

Semoga Allah S.W.T. merahmati perjalanan hidup kita, membimbing kita untuk mendidik anak-anak cemerlang, dan memberkati setiap amalan yang kita lakukan dalam kehidupan ini.

Nota: Lima bulan lagi, Muhammad akan berusia 6 tahun. Tahun hadapan, Muhammad akan masuk Darjah Satu. Itu bermakna, Muhammad telah pun memasuki zaman persekolahan dan usianya sudah cukup untuk diajar tentang kewajipan bersolat. Saya mula berpesan dengannya tentang wajibnya menunaikan solat sejak awal tahun ini. Setiap hari Jumaat, Muhammad akan mengikut ayahandanya menunaikan solat Jumaat di masjid. Alhamdulillah. Sejak akhir-akhir ini, Muhammad akan mengikut kami menunaikan solat fardhu di rumah tanpa disuruh. Semoga Muhammad patuh dan sentiasa ingat dengan pesanan saya.

Teringat dengan kata-kata Dr. Fadzilah Kamsah, "Mendidik anak-anak lebih berkesan dengan sentiasa berpesan pada mereka. Lakukan dengan istiqamah pada setiap hari. Insya Allah! Mereka akan sentiasa ingat dengan pesanan ibu bapa mereka."

1 comment:

Unknown said...

It's not to late to wish u...Selamat Hari Ibu...