
Credit to tumblr.com
Assalamualaikum.
Hari ini harijadi ibu tersayang yang ke 61. Semoga ibu dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sentiasa diberkati Allah S.W.T. Hari ini juga adalah sambutan Hari Guru untuk semua pendidik cemerlang. Hari Jumaat yang lepas adalah harijadi arwah kakak sulung saya yang kebetulan berbeza tiga hari sahaja dengan ibu. Semoga arwah kakak dicucuri rahmat Allah S.W.T.
Banyak yang saya hadapi sejak mengambil cuti belajar sepenuh masa. Terutama akhir-akhir ini, saya belajar tentang erti persahabatan, kekeluargaan dan realiti kehidupan yang sebenar. Seseorang memberitahu saya, "When there's kindness, there's always cruelty. This is the harsh reality of life".
Yang pasti, saya mengharapkan agar dapat menumpukan sepenuhnya didikan anak-anak di samping melanjutkan pengajian. Yang saya tidak ketahui, saya kehilangan teman-teman rapat dan menimbulkan rasa kurang senang antara kami. Saya tidak tahu mengapa. Mengapa perlu dibanding dan dibezakan? Sukar untuk menjelaskan tentang rezeki kepada mereka yang tidak mahu menerima hakikat ini.
Dalam kehidupan ini, saya boleh gembira dan bangga atas kejayaan atau kelebihan orang lain. Tapi sekarang baru saya tahu, orang lain tidak gembira malah sanggup menikam saya dari belakang atas kejayaan saya. Saya anggap semua ini sebagai pembakar semangat dan mengubah sedikit sebanyak pemikiran saya. Saya mesti lebih berusaha untuk pergi jauh dan mencapai tahap yang tertinggi dalam kehidupan ini.
Semoga Allah S.W.T. mengampunkan segala dosa saya dan memberkati perjalanan hidup ini. Amiin...
2 comments:
selamat hari jadi buat bonda ktk, Intan.. semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik, dilimpahi rahmat serta kasih syg dari Nya.. amin~
Thank you Fidah! Insya Allah! Amiin...
Post a Comment