Credit to tumblr.com
Assalamualaikum.
Saya masih dalam keadaan bersedih. Lantaran sikap seorang teman rapat, saya terpaksa menerima hakikat bahawa tidak semua orang senang dengan kehadiran kita. Saya berfikir, ujian ini agak berat untuk saya. Kebanyakan keputusan yang saya buat didorong atas pelbagai faktor termasuk teman rapat. Akhirnya, teman rapat yang menyisihkan saya dalam pelbagai perkara.
"Mengapa jadi begini?" Ini yang saya sering persoalkan. Suami sering menegur, "Jangan mengeluh. Bersyukur. Ada hikmah di sebalik semua ini. Allah S.W.T. lebih tahu apa yang terbaik untuk kita."
Saya redha. Cuma saya sayangkan persahabatan kami yang terjalin sekian lama. Saya anggap dia sebagai teman rapat sewaktu susah dan senang. Agaknya, dia sendiri tidak pernah menganggap saya sebagai teman rapat. Tapi sekurang-kurangnya hargailah persahabatan kami. Tidak mengapalah. Biarlah dia yang bersikap begitu. Saya akan simpan rapi segala rahsia teman saya itu dalam hati saya. Semoga Allah S.W.T. menenangkan hati ini.

4 comments:
Intan...jgn sedih2 ye...manusia ni rambut sama hitam...tp hati hanya Allah je yg tahu...sama2 kita berdoa semoga dia mendapat petunjuk ye...
Terima kasih Nurul. Saya maafkan dia tapi sukar untuk saya lupakan perkara ini. Agaknya dia memang tidak sukakan saya cuma saya yang tidak sedar dengan hal ini. Tak apa. Allah S.W.T itu Maha Adil dan Saksama.
let her/him be, thats all i can say.. msih ada kwn2 yg syg ktk, including me :)
*finally bruk dpt sign in Blogger, dr tadik try xdpt2..
Thanks Nurul. Saya redha. Mudah-mudahan dia sedar tentang kesilapannya.
Post a Comment