Assalamualaikum.
Selamat pagi kepada semua. Selamat menjalani ibadah puasa pada hari yang ke-8. Saya sampai di ofis lebih kurang pukul 7.30 pagi. Alhamdulillah. Bergerak dari rumah seawal pukul 7.00 pagi dan keadaan trafik pun tak berapa sibuk pagi ni. Kalaulah terlambat sedikit, pasti sampai lambat juga di ofis. Suami tersayang ada di rumah. Jadi dapatlah dia hantarkan Muhammad ke tadika terlebih dahulu sebelum pergi kerja. Terima kasih suamiku.
Saya baca artikel tentang "Adakah Dia Jodoh Yang Tepat?" dalam Mingguan Wanita semalam. Majalah ni saya pinjam dari mak. Mmm... tak dinafikan. Selalu juga terfikir tentang persoalan ini terutama selepas perselisihan faham. Lepas tu bila dah berbaik semula, lupa semua persoalan yang terbayang dalam minda sebelumnya. Bila berselisih faham lagi, timbul lagi persoalan ini dalam minda. Hihihi... macam biskut Chipsmore kan? Sekejap ada, sekejap takde. Hihihi...
Yelah, jadi seorang wanita ni pasti berjiwa sensitif. Selalu mengingatkan diri sendiri, berfikir positif dan buang semua yang negatif. Tapi susah nak lari kan? Jadi kena bersihkan hati dan jiwa. Ingat dengan Allah S.W.T. kerana setiap ketentuannya pasti ada hikmahNya. Teringat dengan kata seorang teman," Bila dah sampai jodoh, terima dia seadanya. Setiap yang berlaku dalam perkahwinan adalah dugaan dariNya."
Saya pinjam kata Angah, "Selepas badai yang menimpa, pasti ada bahagia." Insya Allah!
Saya dah lama mengenali suami. Kami berkawan lama sebelum hubungan kawan bertukar jadi serius. Bertunang lima bulan je, lepas tu terus berkahwin. Jadi banyak yang saya tak tahu tentang suami dan belajar untuk tahu selepas berkahwin. Walaupun dah hampir 9 tahun berkahwin, saya masih tetap belajar untuk mengenali suami sepenuhnya. Kadang kala, banyak surprise yang saya sendiri tak sangka. Hihihi... bukan surprise bunga atau coklat ok! Tapi surprise dari segi sikap dan keputusan yang diambil. Mula-mula saya selalu berfikir mengapa dan kenapa. Lama-lama saya jadi biasa dan bertolak ansur. Yelah, suami pulak sangat tegas dan degil (hihihi...). Tapi, saya juga belajar untuk berbincang dengan suami secara profesional sekiranya saya tidak bersetuju dengan beliau. Pengalaman mematangkan fikiran kita. Walaupun kami berbalah, saya tidak berkecil hati dan sekadar mendiamkan diri. Saya belajar satu perkara; walaupun apa yang saya katakan adalah betul dan benar belaka, suami tetap tegas dengan keputusannya kerana dia adalah suami. Tapi yang seronoknya, dia bersetuju dengan saya dan secara diam mengikuti saranan saya. Hihihi...
Jadi persoalan "Adakah Dia Jodoh Yang Tepat?", saya serahkan kepada Allah S.W.T. kerana Dia yang Maha Mengetahui. Saya bersyukur dengan ketentuanNya dan bersyukur dengan rezeki yang Allah S.W.T. berikan kepada kami berdua.
"Jodoh itu rahsia Allah S.W.T." (Suka dengan kata-kata ni. Dialog Aisyah dalam filem Ayat-ayat Cinta.)
Selamat bekerja. Semoga hari ini adalah hari yang paling bahagia dalam hidup kita! Wassalaam.
Monday, August 8, 2011
Friday, August 5, 2011
Thursday, August 4, 2011
Never Blame
Assalamualaikum.
I received an email from one of my superior yesterday. She loves to email inspiring quotes and stories to all. Would love to share it here:
Thanks kak!
I received an email from one of my superior yesterday. She loves to email inspiring quotes and stories to all. Would love to share it here:
Never blame a single day in our life.
A good day brings HAPPINESS; A bad day bring EXPERIENCE.
Thanks kak!
Wednesday, August 3, 2011
Tuesday, August 2, 2011
Monday, August 1, 2011
Atas Permintaan
New Office
Assalamualaikum.
I'm at my new office today. I share it with my training student who will assist me in developing each school and unit website together with our elearning project.
Compared to the previous office, this room is larger and more comfortable. Hihihi... I likeeee!!! I work, pray and relax in this room. My sanctuary...
P.S. I love to share pics in my blog but Mr. AJ would prefer if I concentrate on writing rather than sharing my pics. Anyway, thank you dear!

Online Shopping

Credit to tumblr.com
Assalamualaikum.
Sekarang saya nak cerita tentang online shopping. Huhuhu... My latest crave actually.
Saya suka online shopping sebab mudah dan senang. Tapi kena pilih betul-betul kerana saya khuatir tentang kejujuran si penjual dalam internet. Menurut seorang teman, dia pernah ditipu ketika membeli di internet. Jadi kita kena berhati-hati dan tanya rakan yang lain untuk mendapatkan kepastian.
Pilih online boutique atau kedai atas talian yang menggunakan alamat laman web menggunakan domain .com atau .com.my. Yang menggunakan blogspot pun ok juga tapi kena semak sama ada mereka mempunyai pelanggan atau tidak. Saya dah letakkan senarai link untuk my favourites' online shopping pada bar sebelah kanan blog saya ni. Nak dress cantik? Nak selendang terkini? Semuanya di hujung jari anda. Hihihi...
Happy shopping!
Hari Pertama
Assalamualaikum.
Hari pertama dalam bulan Ramadhan yang mulia. Hari pertama juga saya kembali bekerja sebagai pensyarah sepenuh masa. Mmm... Rindu dengan Iman Najiha yang tinggal bersama neneknya di rumah. Walaupun ada pembantu yang menjaga, saya masih juga menelefon bertanyakan keadaan Iman di rumah. Huhuhu...
Saya gembira dapat kembali bekerja sepenuh masa. Ada banyak kerja tertunggak yang perlu diselesaikan segera. Ramai teman yang menegur kehadiran saya awal pagi tadi. Namun begitu, ada juga yang masam mencuka melihat kehadiran saya di sini. Biasalah. Tidak semua senang dengan kita di tempat kerja. Tak mengapa. Saya redha dan mendoakan semoga mereka bahagia dengan setiap perbuatan mereka terhadap saya.
Saya sentiasa berharap agar kesabaran saya sentiasa berada di tahap yang tertinggi kerana saya juga sekadar insan biasa. Mudah-mudahan ujian ini bisa saya tempuh dengan tabah.
Malam tadi, kami sekeluarga menunaikan solat tarawih bersama-sama. Kesian Iman! Lantaran kesibukannya bertelekung dan bersolat, dia terpijak kain sendiri dan terhantuk dahinya ke lantai. Saya terkejut lantas membawanya ke bilik dan menyapu minyak di dahinya. Menangis pun sekejap. Selebihnya sibuk dengan Burung Marah (Angry Bird... hihihi....).
Alhamdulillah. Semoga bulan Ramadhan yang mulia ini membawa sejuta keberkatan, kebahagiaan dan kejayaan dalam kehidupan kita. Amiiinnnn...

Subscribe to:
Posts (Atom)