Tuesday, May 24, 2011
'OFF MODE"
Friday, May 20, 2011
Thursday, May 19, 2011
Suatu Ketika
Assalamualaikum. Saya nak berkongsi lirik lagu berikut. Ia sangat bermakna dan memberi semangat kepada semua anak merdeka.
Suatu ketika
Kita pernah tertawa
Suatu ketika
Kita pernah berduka
Memori lalu
Tersemat di hatiku
Buat azimat perjalananmu
Untuk tatapan anak bangsa
Kutitipkan satu cerita
Jadi pedoman untuk semua
Takkan mengalah sebelum melangkah
Impian menjadi haluan cita
Rintangan membakar azam di jiwa
Dan cinta bukan hanya kata-kata
Harapan semua anak merdeka
Walau seribu halangan melanda
Kita harungi tanpa lelah terasa
Walau seribu halangan melanda
Simpulkan di dada terus membara.
Wednesday, May 18, 2011
Teman Sejati
Entry ini telah saya tulis sebelum ia hilang semasa Blogger sedang menjalankan 'maintenance work'.
Credit to iluvislam.com
Assalamualaikum.
Pagi yang sungguh hening dan menyegarkan. Usai solat Subuh, saya sediakan susu untuk anak-anak. Alhamdulillah. Perasaan saya tenang dan tenteram pagi ini. Agaknya, penangan satay, ketupat dan lychee kang sedikit sebanyak menenangkan jiwa ini. Hihihi...
Saya menonton rancangan Dr. Fadzilah Kamsah awal pagi tadi. Tajuknya: Teman Sejati. Memang mudah mencari teman, tapi sukar untuk mencari teman sejati. Saya bersetuju dengan pendapat sahabat saya, Marina. Teman untuk bersenang-senang memang ramai, tapi teman untuk sama-sama bersusah payah memang sukar dicari. Ketika zaman persekolahan, mudah untuk berkongsi air yang berharga lima puluh sen bersama teman tapi bila sudah dewasa sukar untuk mencari teman yang boleh berkongsi susah payah dengan kita.
Untuk teman-teman zaman persekolahan, saya ucapkan terima kasih kerana kita masih berhubung sehingga sekarang walaupun masing-masing sudah mempunyai komitmen dan kehidupan sendiri. Saya berjumpa dengan ramai teman baru tapi tidak sekukuh persahabatan saya dengan teman-teman zaman persekolahan. Malah ada yang menjalin persahabatan sekadar untuk mencapai matlamat sendiri. Lepas itu, saya langsung tidak diendahkan. Itu perkara biasa. Mula-mula saya agak terkilan tapi sekarang saya telah pun belajar untuk menilai perkara tersebut.
Semoga Allah S.W.T. membuka hati mereka yang tidak mampu menilai erti persahabatan. Amiin...
Tuesday, May 17, 2011
A Student
A Teacher
Assalamualaikum.
Just want to share something which was sent by my former student. Thank you dear!
Bad TEACHER complains
Good TEACHER explains
Better TEACHER demonstrates
Best TEACHER motivates
Great TEACHER inspires
HAPPY TEACHER'S DAY!
Monday, May 16, 2011
Selamat Harijadi untuk Ibu Tersayang & Selamat Hari Guru untuk Semua Pendidik Cemerlang

Credit to tumblr.com
Assalamualaikum.
Hari ini harijadi ibu tersayang yang ke 61. Semoga ibu dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sentiasa diberkati Allah S.W.T. Hari ini juga adalah sambutan Hari Guru untuk semua pendidik cemerlang. Hari Jumaat yang lepas adalah harijadi arwah kakak sulung saya yang kebetulan berbeza tiga hari sahaja dengan ibu. Semoga arwah kakak dicucuri rahmat Allah S.W.T.
Banyak yang saya hadapi sejak mengambil cuti belajar sepenuh masa. Terutama akhir-akhir ini, saya belajar tentang erti persahabatan, kekeluargaan dan realiti kehidupan yang sebenar. Seseorang memberitahu saya, "When there's kindness, there's always cruelty. This is the harsh reality of life".
Yang pasti, saya mengharapkan agar dapat menumpukan sepenuhnya didikan anak-anak di samping melanjutkan pengajian. Yang saya tidak ketahui, saya kehilangan teman-teman rapat dan menimbulkan rasa kurang senang antara kami. Saya tidak tahu mengapa. Mengapa perlu dibanding dan dibezakan? Sukar untuk menjelaskan tentang rezeki kepada mereka yang tidak mahu menerima hakikat ini.
Dalam kehidupan ini, saya boleh gembira dan bangga atas kejayaan atau kelebihan orang lain. Tapi sekarang baru saya tahu, orang lain tidak gembira malah sanggup menikam saya dari belakang atas kejayaan saya. Saya anggap semua ini sebagai pembakar semangat dan mengubah sedikit sebanyak pemikiran saya. Saya mesti lebih berusaha untuk pergi jauh dan mencapai tahap yang tertinggi dalam kehidupan ini.
Semoga Allah S.W.T. mengampunkan segala dosa saya dan memberkati perjalanan hidup ini. Amiin...
Saturday, May 14, 2011
Learn and Live
Assalamualaikum.
Saya dah publish entry tentang "Teman Sejati" dua hari lepas. Tapi disebabkan Blogger ada masalah teknikal, entry saya hilang entah ke mana.
Selamat menikmati hujung minggu bersama keluarga!
Thursday, May 12, 2011
Wednesday, May 11, 2011
Instant Doctor
Assalamualaikum.
Suami tercinta baru saja balik setelah bekerja di luar daerah semenjak minggu lepas. Dia kurang sihat dan mengadu sakit tekak. Cuaca di Kuching amat panas. Ibu tersayang dan anak buah saya, Isha turut demam dan kurang sihat. Saya jadi instant doctor dan Iman adalah instant nurse. Kami berdua memeriksa suhu badan ibu, Isha, dan suami saya setiap 3 jam.
Saya lebih gemar mengamalkan perkara-perkara berikut sekiranya dilanda demam panas; minum air dan makan Vitamin C. Ia mempercepatkan proses penyembuhan. Rehat dan tidur yang seimbang juga perlu. Untuk anak-anak, saya amalkan yang berikut; mengelap badan mereka dengan air suam sebanyak 4 kali sehari, beri mereka minum air dan makan ubat demam sahaja seperti yang disarankan doktor. Suhu badan juga perlu diperiksa setiap 3 jam untuk memastikan suhu badan tidak terlalu panas. Saya memilih untuk tidak mengambil antibiotik terutama bagi anak-anak. Biarlah mereka sembuh tanpa perlu mengambil antibiotik. Itu lebih baik untuk tumbesaran anak-anak.
Selalunya, selera makan pasti kurang ketika dilanda demam. Mungkin anak-anak malah kita sendiri tidak berselera untuk menjamah nasi. Jadi, bubur atau roti yang jadi pilihan kedua. Kadang-kadang saya cuma mampu menjamah oat sahaja. Makan juga penting untuk memastikan badan kita bertenaga. Itu yang saya beritahu pada ibu semalam. Ibu tidak berselera untuk makan dan dia mengadu tidak bertenaga untuk bekerja. Saya khuatir ibu lapar dan terkena gastrik. Akhirnya, saya keluar membeli satay, ketupat dan lychee kang untuk pesakit-pesakit saya. Hihihi...
Yang penting, ibu dapat menjamah satay dan ketupat. Saya tahu ibu kurang sihat sejak akhir-akhir ini. Malah sentiasa berehat di rumah lantaran tidak bertenaga seperti dahulu. Semoga saya dapat berbakti dengan ibu sehingga akhir hayat saya. Amiin...
Ujian
Credit to tumblr.com
Assalamualaikum.
Saya masih dalam keadaan bersedih. Lantaran sikap seorang teman rapat, saya terpaksa menerima hakikat bahawa tidak semua orang senang dengan kehadiran kita. Saya berfikir, ujian ini agak berat untuk saya. Kebanyakan keputusan yang saya buat didorong atas pelbagai faktor termasuk teman rapat. Akhirnya, teman rapat yang menyisihkan saya dalam pelbagai perkara.
"Mengapa jadi begini?" Ini yang saya sering persoalkan. Suami sering menegur, "Jangan mengeluh. Bersyukur. Ada hikmah di sebalik semua ini. Allah S.W.T. lebih tahu apa yang terbaik untuk kita."
Saya redha. Cuma saya sayangkan persahabatan kami yang terjalin sekian lama. Saya anggap dia sebagai teman rapat sewaktu susah dan senang. Agaknya, dia sendiri tidak pernah menganggap saya sebagai teman rapat. Tapi sekurang-kurangnya hargailah persahabatan kami. Tidak mengapalah. Biarlah dia yang bersikap begitu. Saya akan simpan rapi segala rahsia teman saya itu dalam hati saya. Semoga Allah S.W.T. menenangkan hati ini.
Tuesday, May 10, 2011
Rezeki
Assalamualaikum.
Berbicara tentang rezeki, masih ramai yang tidak memahami tentang rezeki yang telah ditentukan untuk seseorang insan. Redha dengan ketentuan rezeki juga amat penting supaya kita lebih bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T.
Sekiranya kita inginkan sesuatu atau berusaha ke arah sesuatu tapi tidak mencapainya, maka kita harus redha bahawa itu bukan rezeki kita. Allah S.W.T. telah menyediakan yang lebih baik daripada itu untuk kita sebaliknya. Maka itu rezeki kita.
Saya juga sering tersasar dalam hal ini, "Kenapa tidak menjadi? Mengapa jadi begini?" Suami sering mengingatkan saya, "Itu bukan rezeki kita. Jangan mengeluh. Bersyukur. Allah S.W.T. telah menyediakan yang lebih baik untuk kita."
Rezeki ada dalam pelbagai bentuk. Rezeki anak, rezeki kerja, rezeki perniagaan, dan lain-lain. Semua ini kurniaan Allah S.W.T. dan kita harus bersyukur serta redha dengan ketentuanNya. Yang penting, kita harus berusaha dan berdoa untuk mencapai yang lebih baik daripada apa yang kita peroleh.
Saya tumpang gembira atas rezeki yang diperoleh orang lain. Tapi tidak ramai yang boleh berkongsi kegembiraan ini. Sebabnya? Mungkin atas dasar ingin mengatasi rezeki itu atau berlumba-lumba untuk mencapai lebih dari itu. Kadang-kadang sahabat sendiri pun tidak gembira atas kelebihan rezeki ke atas kita. Tidak mengapa. Saya doakan semoga mereka ini diberikan hidayah dan memahami bahawa rezeki itu ketentuan Allah S.W.T.
Alhamdulillah. Perjalanan hidup ini masih jauh dan banyak yang perlu dihadapi dan dipelajari. Semoga Allah S.W.T. sentiasa memurahkan rezeki dan membimbing hidup ini. Amiin...
Sunday, May 8, 2011
Selamat Hari Ibu!














