Wednesday, September 30, 2009

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri untuk semua! Maaf zahir dan batin.

I'm busy with Hari Raya celebration and had less time to update my blog. Seronok melihat kegirangan dan kegembiraan Muhammad dan Iman Najiha. They really enjoyed their time. Kami melawat sanak saudara dan sahabat handai pada hari raya pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh dan kelapan. Penat? Memang penat! Luckily, my friend Norita suggested Shaklee B Complex. I can feel the difference in my energy.

My husband was busy with his photography assignments during Hari Raya since last two years. So I planned to join my sister's family for Hari Raya visiting. Kesian melihat anak-anak terutama Muhammad. That's why I don't mind to bring them by myself. Really surprised when my husband told me he rejected a lot of assignments during Hari Raya to spend more time with us. Well, at least he had a thought on us. Thank you suamiku! ;-D.

This year's Ramadhan is the most memorable Ramadhan in my life. Penuh dengan dugaan dan juga ujian. I learnt a lot about life. I discovered a lot of truth which is bitter and sweet to be accepted. But the most important thing is I discovered MYSELF.

Tuesday, September 15, 2009

Wasatiyah

Salam. It's almost the end of Ramadhan. Cuma tinggal beberapa hari lagi sebelum bulan mulia ini berakhir.

Ada banyak dugaan yang berlaku di bulan yang mulia ini. Rahmat Allah S.W.T! Diturunkan ujian kepada kita hambaNya supaya kita lebih bijaksana dalam menangani kehidupan ini. Syukur Alhamdulillah! Mudah-mudahan kita sentiasa menginsafi kehidupan yang sementara ini. I hope I can maintain ONE principle in life. Wasatiyah... bersederhana dalam segala hal!

Pada zaman moden sekarang semuanya perlu mengikut masyarakat Barat. Daripada pakaian sehingga ke pergaulan. Kadang-kadang terdetik dalam hati ini, bagaimana umat Islam dengan sewenang-wenangnya terpengaruh dengan aliran Barat. Hati ini pernah terkejut melihat gambar teman-teman yang bergaul bebas tanpa rasa malu. Apatah lagi melihat teman rapat yang diketahui baik budi pekerti dan tinggi peribadi. Betapa lemahnya pendirian manusia yang sanggup membiarkan dirinya tewas apabila dikelilingi dengan teman-teman yang bergaul bebas antara lelaki dan juga perempuan. Sungguh mengejutkan! Tidak terlintaskah dalam fikiran mereka bahawa bergaul bebas sebegitu boleh menimbulkan fitnah di kalangan sesama manusia. Untuk yang sudah berkahwin, bagaimana dengan suami atau isteri mereka yang menanti dengan penuh setia di rumah? Untuk yang belum berkahwin, bagaimana dengan ibu bapa mereka yang tidak tahu dengan perlakuan anak-anak mereka? Tidak terfikirkah mereka dengan akibatnya kelak?

Tidak perlu terlalu outstanding untuk mendapat perhatian orang lain. Tidak perlu mengikut semua aliran terkini demi mendapat perhatian kawan-kawan. Cukuplah dengan bersikap sederhana dalam menjalani kehidupan seharian. Yang penting, kita ada pendirian hidup yang tegas dan mengikut syariat Islam.

Bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah.

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian.

Dia dipandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya BERSEDERHANA bagaikan pakaian yang menjadi pelindung dari rasa dingin dan panas yang membakar.

Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan. Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil."

Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut. Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira."

Ya Allah Tuhan Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang! Aku memohon kepadaMu semoga dijauhkan suamiku, diriku, anak-anakku daripada godaan dunia yang tiada batasan. Tetapkan dalam diri kami sikap bersederhana dalam segala hal. Lindungilah kami Ya Allah! Amin...

Monday, September 7, 2009

Happy 7th Wedding Anniversary

Salam. Happy 7th wedding anniversary to my loving husband, Abdullah bin Hj. Jawawi. We tied our wedding knot 7 years ago after we knew each other for 3 years.

What is our plan today? Just a simple dinner outside. Venue? I haven't decide yet. Maybe only the two of us as we both are very concerned with H1n1. I wish I can bring Muhammad and Iman Najiha.

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."(Imam Nawawi)

Doa untuk suami tercinta;

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di syurgaMu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di duniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
Suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan duniaMu...
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya...
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan...
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu...
Aku buta tanpa bimbinganMu...
Aku cacat tanpa hidayahMu...
Aku hina tanpa RahmatMu...

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suamiku yang tercinta

Amiin, Amiin Ya Rabbal Allamiin..
.

Thursday, September 3, 2009

Manusia berubah

Kadang-kadang tidak semua perkara mudah untuk dinyatakan...

Wahai Tuhan kami, Kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami, serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik pemberi rahmat.
(Al-Mu'minuun:109)


Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)Nya. Maka Dia mengilhamkannya kejahatan dan kataqwaan. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya. Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya. (As-Syams:7-10)

Hati dalam bahasa Arab disebut qalbu, yang bersifat muqallabun ertinya berubah-ubah.

Sebagai hamba Allah Yang Maha Kuasa, kita hendaklah sentiasa berdoa supaya sentiasa ditetapkan hati dan pendirian dalam hidup kita sendiri.

Mengapa tiada ketetapan dalam diri manusia dan sentiasa berubah-ubah? Manusia bersifat dinamik iaitu sentiasa berlainan mengikut peredaran masa.

Yang penting akidah yang benar tidak boleh diubah kepada akidah yang salah. Perubahan hendaklah bersesuaian dengan kebijaksanaan manusia itu sendiri.

Hati yang terumbang-ambing antara kebaikan dan kejahatan atau dengan kata lain antara malaikat dan syaitan. Hati ini akan sering merasa ragu disebabkan kadang-kadang timbul daya tarikan kepada kejahatan, tetapi pada waktu itu akan datang pula daya tarikan kebaikan.

Firman Allah bermaksud : "Maka barang siapa yang hendak dipimpin oleh Allah, nescaya dibukakanNya hatinya untuk Islam, dan siapa yang hendak disesatkan oleh Allah, maka Allah akan menjadikan dada orang itu sesak dan sempit seperti orang-orang yang tidak beriman. Dan inilah jalan Tuhanmu, jalan yang lurus. Sesungguhnya telah kami jelaskan keterang-keterangan kepada kaum yang mahu memperhatikan ." (Al-An'am : Ayat 125-126)

" Wahai Tuhan yang membolak-balik segala hati makhlukNya! Tetapkan olehMu, ya Allah hatiku atas agamaMu."

Mudah-mudahan hati kita dipimpin oleh Allah sehingga segala amal ibadah lahiriah sejalan dengan hati, disebabkan Taufiq dan HidayahNya. Amin...