
Credit to tumblr.com
Assalamualaikum.
Just settled my kids' passports this morning. Alhamdulillah. Our family trip to England, Scotland and France is scheduled in mid September 2011.
I've been googling for more information for our trip since the last few days. Plus, I've a cousin working as a doctor in Glasgow. So it'll be easier for us to plan our trip. My concern in mostly on food, suitable clothing and shopping. (shopping???)
I spoke to my kids' paediatrician just now. He suggested flu vaccine for both of them. Mmm... I wonder if Mr. AJ is willing to take the flu vaccine as well. Hihihi...
Alright then. See you in my next entry!
Assalamualaikum.
Tinggal beberapa hari lagi menjelang bulan Ramadhan yang mulia. Bulan Ramadhan merupakan bulan mulia yang dinanti-nanti oleh semua umat Islam seluruh dunia. Saya dan suami turut berpuasa semenjak beberapa hari yang lepas sebagai persediaan awal untuk menjalani ibadah puasa.
Saya bercadang untuk membawa Muhammad dan Iman Najiha sama-sama bersolat tarawih di masjid. Sudah tiba waktu untuk mereka didedahkan tentang solat berjemaah di masjid dan merasakan kekuatan ukhwah sesama umat Islam di situ. Ia juga merupakan latihan terbaik untuk kedua-dua permata hati saya. Tidak sabar rasanya untuk berpuasa dan bertarawih di masjid.
Jumpa lagi kelak! Selamat berhujung minggu! Wassalaam.
P.S. Dah ganti puasa ke belum? Hihihi...

Credit to tumblr.com
Assalamualaikum.
Persahabatan itu penting
Ada sahabat yang setia
Ada sahabat yang khianat
Semuanya jadi lumrah kehidupan
Mengajar kita erti kesabaran
Memberikan kita kekuatan.
Untuk sahabat-sahabat saya, saya ucapkan terima kasih atas persahabatan kita. Semoga Allah S.W.T. memberkati jalinan kemesraan ini dan membimbing kita setiap masa. Amiin...
Assalamualaikum.
Selamat pagi! Apa khabar semuanya? Pagi yang sungguh hening dan sunyi. Saya bangun awal hari ini kerana sudah berniat untuk berpuasa. Baru selesai bersahur. Cuma secangkir oat, biskut dan air mineral.
Semalam, saya terjumpa dengan seseorang yang saya sudah kenal agak lama. Kami jarang berjumpa namun setiap kali berjumpa, dia mesti tidak senang dan menunjukkan rasa tidak suka dengan kehadiran saya. Mula-mula saya tidak sedar, lama-kelamaan saya jadi kurang selesa dengan sikapnya. Pernah sekali dua, saya marah dengan sikapnya dan langsung tidak bertegur sapa dengannya. Ibu mertua menyedari dan mungkin menasihatinya, kerana dia tiba-tiba berubah jadi mesra dan menegur saya. Bagi saya, itu semua lakonan semata-semata. Kerana bila ibu mertua tiada, dia langsung tidak menegur saya.
Semalam juga begitu. Saya selalu berfikir, apa punca sebenarnya. Sebenarnya, hati manusia yang menjadi peranan utama. Kalau kita sentiasa berfikiran negatif, sentiasa ingin lebih atau hebat dari orang lain, cemburu, meninggi diri dan sombong, ia pasti nampak dengan jelas. Sikapnya banyak mengajar saya untuk menilai diri sendiri. Bukan sepertinya. Segala-galanya mesti hebat. Sedangkan dia tidak sedar yang banyak perkara menunjukkan dia tidak mahu saya lebih darinya.
Pernah suatu ketika, suami mempromosi gambar raya yang diambil suami dan rakan-rakan. Kebetulan baju raya kami dah siap dan akhirnya suami, saya dan Muhammad yang jadi model studio. Warna baju yang dipakai merah jambu terang dan sedondon. Suami sibuk mempromosi pakej studio kepada keluarga dan rakan-rakan yang lain. Tanpa saya sedari, rupa-rupanya dia tidak senang hati dengan kami. Semuanya terjawab pada hari raya pertama. Dia sibuk memberitahu orang lain tentang baju raya baru mereka yang dijahit pada malam raya. Warna merah juga dan sedondon. Dia sibuk mencanang yang warna merah jadi pilihannya kerana nampak terang dalam gambar. Hihihi... Kalau nak diceritakan, banyak yang menunjukkan dia tidak senang dengan saya. Hati perempuan, sukar nak dijelaskan. Semuanya nak dijadikan bahan ukur.
Sehingga hal anak-anak pun dijadikan cerita. Percaya atau tidak, jika saya katakan nama panggilan anak kami serupa. Kerana dia dan suami amat sukakan nama tersebut, sedangkan saya dan suami sudah pun menamakan anak kami. Lucu pun ada. Dia memang kuat cemburu agaknya.
Antara lain, tentang rezeki anak. Dia sibuk memberitahu orang lain yang dia mudah mengandung dan mudah melahirkan. Sedangkan saya mengandung terlebih dahulu dan kebetulan saya terpaksa menjalani pembedahan. Dia melahirkan secara normal tapi untuk kelahiran kedua, dia juga terpaksa menjalani pembedahan. Jangan bersikap takbur dan sombong, kita bukanlah hebat dalam segala hal.
Setelah melahirkan, memang menjadi perkara biasa untuk wanita mengalami berat badan berlebihan. Saya bersikap positif dalam hal ini kerana saya tidak anggap ia membebankan. Saya berusaha untuk mengawal berat badan dan memastikan kesihatan saya seimbang. Dia sibuk memberitahu orang lain tentang berat badannya yang sentiasa turun selepas melahirkan. Selepas kelahiran ketiga, dia mengalami berat badan berlebihan yang agak serius hingga sekarang. Saya tengok dia mengalami obesiti atau gemuk yang serius. Agaknya dia tidak senang dengan dirinya sendiri, dia jadikan saya sebagai bahan ukur. Terima kasih, saya terima dengan positif. Kerana hingga sekarang saya sentiasa jaga kesihatan saya. Tapi saya tengok dia masih juga begitu. Malah sentiasa menunjukkan dia tidak senang dengan saya. Hihihi... saya pula seronok tengok mukanya yang masam mencuka walaupun saya sakit hati dengan sikapnya. Yalah, baru semalam dia memberitahu saya yang gaji seorang ******* sepertinya dah mencecah sepuluh ribu ringgit. Mmm... Tak mengapa. Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah S.W.T. kurniakan kepada saya dan suami. Alhamdulillah. Allah S.W.T. lebih memahami setiap hambaNya.
Cerita-cerita sebegini memang melucukan. Perangai manusia semuanya berpunca dari hati. Banyak yang saya simpan selama ini. Saya selalu terfikir, bila agaknya dia nak berubah dan sedar dengan kesilapannya. Hidup ini umpama roda. Kadang kala di atas, kadang kala di bawah. Kita tidak akan selalu berada di atas. Tapi dia tidak begitu. Kerana dia sentiasa mahu saya berada di bawah dan dia di atas. Sikap berpura-puranya membuatkan saya loya, sikap sombongnya membuatkan saya sedar tentang realiti kehidupan ini.
Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu pernah menyampaikan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud :
“Hati-hati kalian dari persangkaan yang buruk (zhan) karena zhan itu adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kalian mendengarkan ucapan orang lain dalam keadaan mereka tidak suka. Janganlah kalian mencari-cari aurat/cacat/cela orang lain. Jangan kalian berlumba-lomba untuk menguasai sesuatu. Janganlah kalian saling hasad, saling benci, dan saling membelakangi. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara sebagaimana yang Dia perintahkan. Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, maka janganlah ia menzalimi saudaranya, jangan pula tidak memberikan pertolongan kepada saudaranya dan jangan merendahkannya. Takwa itu di sini, takwa itu di sini.” Beliau mengisyaratkan (menunjuk) ke arah dadanya. “Cukuplah seseorang dari kejelekan bila ia merendahkan saudaranya sesama muslim. Setiap muslim terhadap muslim yang lain, haram darahnya, kehormatan dan hartanya. Sesungguhnya Allah tidak melihat ke tubuh-tubuh kalian, tidak pula ke rupa kalian akan tetapi ia melihat ke hati-hati dan amalan kalian.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Wassalaam.
Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi artikel berikut dengan semua ibu penyayang.
http://www.iluvislam.com/keluarga/ibu-bapa/1139-lupakan-kelemahannya-fokuskan-kekuatannya.html
Lupakan Kelemahannya, Fokuskan Kekuatannya
Setiap manusia mempunyai kelemahannya tersendiri. Ini kerana, "lemah" adalah salah satu sifat makhluk, dan manusia juga adalah salah satu makhluk ciptaan Allah. Tiada seorang manusia pun yang sempurna, sehingga tiada satu pun cacat cela pada sifatnya.
Assalamualaikum.
Selamat pagi! Salam sejahtera untuk semua.
Saya ingin berbicara tentang perkembangan anak yang berbeza-beza. Mesti ramai ibu yang sering ditanya begini, "Mengapa anak belum pandai bercakap? Mengapa anak belum pandai berjalan? Kenapa anak lambat bercakap? Kenapa anak pelat?" dan sebagainya.
Mungkin bagi sesetengah orang, itu cuma pertanyaan biasa. Tapi untuk kami sebagai ibu, soalan-soalan sebegini kadang-kala mengguris perasaan kami. Apatah lagi jika anak-anak kami dibandingkan dengan anak-anak orang lain.
Muhammad adalah anak sulung saya. Saya menanti hampir tiga tahun untuk mengandung dan melahirkan Muhammad. Saya akui, perkembangan Muhammad dari segi pertuturan agak lambat namun itu perkara biasa. Pernah suatu ketika Muhammad dibandingkan dengan seorang sepupu perempuan yang muda setahun darinya. Budak perempuan tersebut sudah pandai bercakap dan berjalan. Malah Muhammad diketawakan kerana lambat bercakap dan pelat. Saya cuma tersenyum dan berkata, "Budak-budak memang begitu. Perkembangan anak-anak secara individu berbeza antara satu sama lain."
Setelah saya melahirkan Iman Najiha, saya dapati perkembangan Iman amat cepat. Malah sekarang, Iman boleh memahami pertanyaan kita dan mampu bercakap tanpa pelat. Iman juga hafal "Alif Ba Ta" dan "Doa Sebelum Makan". Sekali lagi Iman dibandingkan dengan sepupunya yang tua setahun darinya dan kebetulan budak lelaki tersebut adalah adik kepada budak perempuan yang dibanding dengan Muhammad sebelum ini. Kali ini, saya yang menasihatkan mereka, "Budak-budak berbeza dari segi perkembangan secara individu. Ada yang cepat, ada yang lambat. Tak perlu dibanding. Yang penting kita didik mereka dengan elok. Bukan ini yang jadi penentu masa depan anak-anak kelak." Mereka cuma terdiam dan tidak berkata apa-apa kerana budak lelaki tersebut pelat dan tidak mampu bertutur dengan lancar. Ini membuatkan saya terfikir, mengapalah ada manusia yang suka nak membanding-banding anak mereka. Bukankah tindakan ini memalukan diri sendiri.
Alhamdulillah. Saya bersyukur dikurniakan anak-anak yang sihat, cerdik dan aktif. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan yang terbaik kepada mereka berdua.
Untuk sahabat saya Fidah, Marina dan yang lain, usah dengar komen dan pandangan mereka yang sentiasa merendahkan martabat kita. Memang kita akan berkecil hati namun anggap semua itu cabaran. Cabaran sebegini yang akan membina ketabahan hati kita. Untuk pembaca sekalian, elakkan bertanya soalan-soalan yang boleh membuatkan hati orang lain terguris. Malah kita boleh doakan yang terbaik untuk mereka dan diri kita sendiri.
Jumpa lagi kelak. Wassalaam.

Credit to tumblr.com
Assalamualaikum.
Selamat pagi! Semoga hari ini berlalu dengan penuh tenang.
Saya cuma ada lima orang teman sekuliah. Mereka juga bekerja, dua orang sudah berkeluarga dan tiga orang lagi masih bujang. Asalnya kelas kami ada sepuluh orang tapi sekarang cuma tinggal enam sahaja, tiga lelaki dan tiga perempuan. Saya berbual dengan salah seorang teman perempuan, Miss M. Dia masih bujang dan bertugas sebagai pensyarah di sebuah universiti swasta.
Kami berbual tentang perjalanan kursus kami dan masalah-masalah yang dihadapi. Miss M memberitahu saya, dia tertekan dengan tuntutan tugas dan juga kerja kursus. Sehingga dia menangis tanpa henti mengenangkan kesibukan hidup yang tidak henti-henti. Saya memberitahunya, saya juga begitu. Apatah lagi saya mempunyai tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak yang perlukan perhatian saya. Walaupun saya mengambil cuti belajar sepenuh masa, saya masih diminta untuk mengajar di kolej. Memang penat. Malah saya akui saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dengan pengajian lantaran kesibukan membuat persediaan mengajar dan juga mengajar. Saya mempunyai lebih 30 orang pelajar dan tumpuan sepenuhnya perlu diberikan kepada mereka.
Tugasan kuliah dan projek juga tidak terurus. Saya akui agak kelam kabut kali ini. Mmm... Sehingga saya kurang bermotivasi untuk belajar dan mengajar. Sering meniupkan kata-kata motivasi untuk diri sendiri dan berusaha untuk mengingatkan diri agar tidak lalai. Kita hanya manusia biasa, kadang kala tersasar dalam mencapai matlamat hidup.
Saya kurang selesa dengan keadaan pengajian Sarjana yang saya ikuti sekarang. Ia membuatkan saya kurang bermotivasi untuk meneruskan tugasan atau projek. Bukan saya seorang, malah teman-teman sekuliah yang lain turut merasa tempiasnya.
Apa jalan penyelesaiannya? Saya cuma bersabar dan melaksanakan segala tugasan dan projek. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Saya bercadang untuk bertukar universiti dan memindah kredit subjek yang telah saya ambil. Jika tiada pilihan, saya mesti bertahan dan menghabiskan semuanya. Cuma saya bimbang saya tidak mampu bertahan.
Ya Allah! Permudahkanlah segala urusanku, kurniakan aku jalan penyelesaian yang terbaik dan berkatikan keputusan hambaMu ini. Amiinnn...
Assalamualaikum. Untuk dikongsi bersama dengan sahabat-sahabat saya, para pelajar dan semua pembaca. Semoga kita sama-sama berjaya meningkatkan potensi diri, membaiki kekurangan diri dan menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat.
Menoleh ke dalam diri
Usah terasa kecil
Lihatlah apa uniknya diri
Pasti ada sesuatu yang menarik
Allah S.W.T. tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia.
Untuk menggapai kecemerlangan
Mungkin ada pada bakat dan kemahiran
Yang perlu digilap.
Manusia perlu sedar
Perlu ada anjakan paradigma dalam
Nilai diri positif
Fokus yang positif
Ada sesuatu yang lebih bererti
Moga terus cemerlang
Membaiki kekurangan diri.
Pupuk bakat dan minat
Suluhlah dalam diri
Agar terkilau sebutir mutiara
Perlu dibajai setiap hari
Agar kemilaunya bergemerlapan
Menyemarak diri.
Dipetik daripada buku, "Terima Kasih Tuhan Atas Cinta Ini", tulisan Zuhriah Mohamad Juoi, terbitan Karya Bestari.