Assalamualaikum.
I'm having lunch with my colleagues; Mr. Zakri, Mae and Swee Tee at Sushi King today. Mr. Zakri gave us a treat prior his son's good result in PMR and UPSR.
Pantun for Mr. Zakri;
Terima kasih daun keladi,
Anak exam, keluar result,
Belanjalah kita lagi. :-D
Thank you for Sushi King, Mr. Zakri!
Wednesday, February 29, 2012
Tuesday, February 28, 2012
43rd Wedding Anniversary
Assalamualaikum.
Happy 43rd Wedding Anniversary to my dear parents. I love both of you very much!
Our celebration this year is at Meisan Restaurant, Grand Margherita Hotel. It's a wonderful dinner with my family. Out of all the stories in our family, we talked about our cats and health. Mmm...
To my dear niece, Erin; Congrats for your new baby kitten, Gorgeous. Will come and pay Gorgeous a visit soon, dear.

Friday, February 24, 2012
Dinner After 10.00 pm
Assalamualaikum.
I've never had dinner after 10.00 pm before. Sis EE brought me to Rasta, TTDI for our dinner tonight.
Ignore the tired face of mine. Been waiting for my sis and her hubby to do their shopping at IKEA for the whole evening. Really, she's a great shopper. Heheheh...
Mr. AJ & Mrs. AJ

My Three Little Flowers
Assalamualaikum.
Uncle D sent me a pic of my three lil' flowers at home. Oh how I miss them sooo muchhh!!!
Iylea, Isha & Iman

Flight Mode
Assalamualaikum.
I'm away for mini honeymoon with Mr. AJ till this Sunday. It's our 10th wedding anniversary this year so we plan to celebrate it earlier. This time, it's just the two of us. Both our lil' ones are at home with my sister and their cousins. Not too long my dear, mommy will be back this Sunday.
Out of so many people in my life, I met my big boss in the flight. Heheheh... And our seats were next to each other.
Hi big boss!
Ms. Amy & Mrs. AJ

Thursday, February 23, 2012
My Turn at Abiey Salon
Assalamualaikum.
It's my turn yesterday. A great haircut and hairwash at Abiey Salon. For muslimah in Kuching, Abiey Salon is worth to try. There's a private area for Muslimah to cut, perm and wash our hair. Plus, they even offer makeup service for ladies. Price? Very affordable. Like I said, worth to try.
My rating?
Service : ****
Info : Hairstylists at Abiey Salon are professional and friendly. Location is in Tabuan Stutong, between J&J cafeteria and Supreme Chicken Rice. Check out their facebook for more information especially on promotion and service rate.

Thank you Kak Nor for your great service yesterday!
She is one of Abiey Salon's hairstylists.
Private area for Muslimah.
I can assure you'll feel comfortable and happy with Abiey Salon.
Wednesday, February 22, 2012
New Haircut
Assalamualaikum.
Muhammad asked for a haircut. So did Iman. So yesterday, I brought them to a hairsalon with Mr. AJ. I just waited anxiously with deep thinking in my mind. Mmm... How I wish I can have my own haircut too. Hihihi...

Monday, February 20, 2012
Mommy, I can write!
Assalamualaikum.
While listening to him and preparing his school bag yesterday, it made me smile for the whole day when I saw this;
*Correction: 1 Tun Mahathir

Friday, February 17, 2012
Tanda Orang Bijaksana
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana ialah hatinya selalu berniat suci, lidahnya selalu basah dengan zikrullah, kedua matanya menangis kerana penyesalan terhadap dosa, segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah, dan juga mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
Sayidina Uthman bin Affan
Sayidina Uthman bin Affan
Ask Yourself
Assalamualaikum.
Memetik kata-kata Ustaz ketika saya berjumpa dengannya beberapa hari yang lepas;
"Yang penting, solat wajib lima waktu mesti ditunaikan. Tidak boleh ditinggalkan sama sekali. Ketika tidak boleh bersolat, kita mesti berzikir setiap hari. Insya Allah! Setiap masalah dapat diselesaikan dengan baik.
Tiada istilah 'menunggu seru' atau menunggu pintu hati terbuka untuk berubah ke arah yang lebih baik. Kerana tiada siapa yang dapat membuka pintu hati kita kecuali kita sendiri. Untuk memudahkan pintu hati kita terbuka, kita wajib bersolat dan memohon kepadaNya.
Tiada juga istilah bermula dengan solat 1 waktu, 2 waktu, 3 waktu, 4 waktu atau 5 waktu. Yang wajib adalah wajib ditunaikan."
Kita sekadar hamba Allah S.W.T. Ramai yang ambil mudah tentang solat. Sedangkan solat dan doa adalah senjata utama kita sebagai hambaNya. Benar, kita terlalu memikirkan dunia sehingga terlupa kita juga sebahagian dari akhirat. Masa kita terlalu singkat di dunia ini. Tiada siapa yang tahu bila, di mana, mengapa, kenapa, dan bagaimana.
Thursday, February 16, 2012
Isteri Saya Ini Memberi Ketenangan Kepada Saya
Assalamualaikum.
Tertarik dengan kisah Umar al Khattab. Kisah beliau ini menasihatkan para suami untuk bersabar dengan kerenah isteri dan menerima kekurangan isteri atas segala pengorbanan dan kebaikan yang telah diberikan oleh isteri.
Seorang lelaki Badwi berkunjung ke rumah Umar untuk mengadu tentang isterinya yang suka meninggikan suara dan memaki dirinya. Bila dia tiba di rumah Umar, dia mendengar isteri Umar juga sedang berleter kepada Umar. Dia terfikir, "Sedangkan pemimpin negara ini pun tidak terlepas daripada leteran isterinya, keadaan beliau juga sama sepertiku."
Dia berfikir dan bercadang untuk pulang. Umar keluar lalu ternampak lelaki Badwi itu dan memanggilnya. Umar bertanyakan hajat lelaki Badwi itu ke rumahnya.
Dia menjawab, "Saya hendak mengadu tentang isteri saya yang selalu berleter dan memaki saya. Tetapi saya tengok tuan juga senasib dengan saya."
Umar menjawab,
"Isteri saya ini memberi ketenangan kepada diri saya. Beliau menjaga anak-anak. Beliau juga mengelakkan saya daripada perbuatan zina dan maksiat. Beliau memasak dan menyediakan makanan sedangkan itu bukan tanggungjawabnya. Maka apabila isteri saya berleter, saya mesti bersabar memandangkan segala kebaikan yang sudah beliau berikan."
Kisah di atas saya ringkaskan dari Bab 69: Isteri Saya Selalu Berleter: Bantulah Wahai Pemimpin Negara, dalam buku Cinta Meraikan Kasih Di Langit Syurga.

Cinta Meraikan Kasih Di Langit Syurga
Assalamualaikum.
Antara buku terbaru yang dibeli baru-baru ni. Tengah khusyuk membaca. Ia hasil nukilan Zamri Mohamad dan Imran Yusuf. Lebih kepada tulisan-tulisan cinta, motivasi, dan perhubungan.
Selamat membaca!

My New Dream Car
Assalamualaikum.
I found this new car is captivating. Just love it! Sporty, classy, tempting... Heheheh... It's the new Kia Optima K5 and has become my new dream car. Just a dream car!

Credit to google.com
Wednesday, February 15, 2012
Tuesday, February 14, 2012
Solat Tiang Agama

Credit to google.com
Assalamualaikum.
Semalam, Mr. AJ dan saya berbual dengan seorang Ustaz di masjid. Dia seorang yang warak, tegas dan serius. Saya sendiri segan berbual dengannya.
Pesanan Ustaz kepada kami:
- Sentiasa solat berjemaah sekeluarga di rumah
- Sentiasa membaca Al-Quran
- Sentiasa membaca Yassin
- Setiap kali azan berkumandang atau masuk waktu solat, bersegeralah untuk menunaikan solat
- Sentiasa berzikir walaupun dalam keadaan tidak boleh bersolat (untuk perempuan)
- Solat itu tiang agama, kekuatan iman dan hati terletak pada kekuatan solat kita
- Setiap masalah atau kepincangan dalam sesebuah keluarga mampu diselesaikan jika kita menjaga solat kita
Terima kasih atas pesanan Ustaz. Insya Allah! Kami akan sentiasa mengingatkan diri masing-masing tentang kewajipan ini.
P.S. Sebenarnya saya takut dan gerun melihat keseriusan wajahnya. Matanya tajam dan kata-katanya pendek sahaja. Namun dia seorang yang sangat berhemah dalam melontarkan bicara dan tegas dalam kelembutannya.
8.00 am
Assalamualaikum.
My 8.00 am students. Lecture is supposed to be conducted at the auditorium but I'm still training them to use the portal in computer lab.

My students
Sunday, February 12, 2012
Tiga Dara
Assalamualaikum.
My brother Andy and my youngest sister Farah brought them to the Spring for lil' shopping.
Thank you Uncle D! We love our Barbie dolls and sunglasses! Love you so much Uncle D! ;-D

Tiga Dara @ The Spring
Geng Mengaji
Assalamualaikum.
Hujung minggu menjadi hari yang dinanti-nantikan oleh anak-anak dan anak-anak saudara saya.
Mereka sama-sama mengaji di rumah nenek saudara saya di kampung. Riuh rendah dan ustaz yang mengajar mereka turut terhibur dengan telatah mereka.
Yang pasti nenek-nenek saudara mereka atau sepupu ibu saya sangat gembira dengan kedatangan mereka. Alhamdulillah. Semoga kemesraan ini kekal sampai bila-bila.

Geng Mengaji 2012
Saturday, February 11, 2012
Congrats Dad!
Assalamualaikum.
Congrats dad! My dad received Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) award recently. Dad, we're proud of you. It's an honour for our family as my dad is totally committed to his work.
Dad & Mom

Friday, February 10, 2012
Salam Jumaat
Assalamualaikum.
Be patient in life. Insya Allah! Everything happen for good reasons. Believe in Allah S.W.T. and He'll be there for you in your life forever.
Thursday, February 9, 2012
Pemandu Tak Beretika
Assalamualaikum.
Pagi-pagi dah dikejutkan dengan sikap pemandu yang tidak beretika. Saya pun terfikir sejenak, inikah sikap manusia yang tidak bertamadun dan panas baran tidak bertempat.
Saya nak keluar dari simpang, kebetulan ada kereta yang masuk ke simpang tempat saya menunggu giliran keluar. Jadi saya keluar seperti biasa. Saya nampak ada van berwarna kelabu di belakang kereta tersebut dan saya fikir tidaklah menjadi masalah untuk dia memberi peluang saya keluar. Rupa-rupanya dia marah dan menekan hon. Saya anggap dia mungkin nak cepat dan saya biarkan. Kemudian saya bertukar ke lane kanan kerana saya menuju ke jalan utama. Rupa-rupanya dia juga bertukar ke arah yang sama dan dia marahkan saya lagi. Bukan itu sahaja, dia potong saya dari sebelah kiri, mengomel (tak taulah apa yang dia cakap) dan siap tunjuk-tunjuk tangan lagi. Saya cuma tengok dia dan ambil nombor lesen keretanya.
Yang menjadi persoalan saya, bagaimana orang sebegini boleh diambil menjadi pemandu untuk menghantar budak-budak sekolah? Kerana saya nampak beberapa orang budak berbaju sekolah duduk dalam van tersebut. Bukankah dia menjadi contoh yang tidak baik kepada budak-budak tersebut? Agaknya pemandu van itu sudah hilang kewarasannya. Takkanlah dia marah kerana saya keluar dari simpang? Saya pun bukan pemandu kereta sport laju. Saya cuma drive kereta Myvi je. Saya pun bukannya potong kereta dia malah saya berada jauh di depan. Takkan itu pun nak marah sampai bunyikan hon dan tunjuk-tunjuk tangan lagi kat saya. Orang yang bersikap panas baran memang begini. Mereka sering rasa tertindas dan marah walaupun orang lain tidak berniat untuk berbuat jahat terhadap mereka.
Saya doakan agar dia diberikan ketenangan dan hidayah kerana saya kesiankan budak-budak dalam van tersebut. Semoga keselamatan mereka terjamin.
P.S. Saya call JPJ Sarawak dan membuat aduan. Bukan untuk kepentingan diri sendiri, tapi untuk kepentingan semua terutama budak-budak sekolah dalam van tersebut. Mungkin hari ini saya terkena, mungkin hari esok orang lain pula yang terkena.

Friday, February 3, 2012
Salam Jumaat
Assalamualaikum.
Perkongsian pada hari ini;
Perkongsian pada hari ini;
Bergembiralah atas kejayaan yang dicapai oleh orang lain.
Doakan segala kebaikan dilimpahkan ke atas mereka dan doakan agar kita juga dikurniakan kejayaan seperti mereka.
Insya Allah! Allah S.W.T. lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Semoga kita semua diberkati Allah S.W.T. pada hari Jumaat yang mulia ini.
Amin...
Thursday, February 2, 2012
Pessimism
Assalamualaikum.
Pessimism is negative. That's what I always see in my students. They're very negative. Just wonder, what's the reason behind it.
I have lots of new students this semester. Never teach them before so am quite surprised with their attitude. I've uploaded assignment question on the portal and requested them to discuss in pairs. The line is not in well condition today so it's been so slow since morning. If they cannot access the line, they can opt to discuss in order to do the assignment. Instead, they chose to sit, shut down the laptop/pc, chit chat and rambling around. Why?
Very pessimist. They just looked at my face as if nothing happen. "Line is not good, madam. We cannot do our work."
I said, "You can discuss rather than doing nothing."
Just wonder, what is actually the problem? Is it because of "line is not good"? Is it because of boring? Or no "Facebook" so no work to do? Mmm...

Wednesday, February 1, 2012
Anak-anak
Assalamualaikum.
Tiba-tiba terasa letih. Penat jugak ke sana ke mari. Ini masuk hari ketiga saya menghantar dan menjemput Muhammad dari sekolah. Mr. AJ pulak baru balik ke Kuching hari ni. Alhamdulillah.
Kedudukan kolej tempat saya mengajar agak jauh dari sekolah Muhammad. Ibarat dari hujung bandar ke hujung bandar (eh, betul ke?). Agaknya kot. Tapi memang jauh. Traffic jam di sana sini. Saya pulak kena berkejar sebab mengajar. Biasanya Mr. AJ yang uruskan, tapi dia travelling untuk beberapa hari. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya saya tahu masa yang sesuai dan tempat parking kereta yang sesuai untuk menjemput Muhammad. Menghantar Muhammad pada awal pagi bukan satu masalah bagi saya kerana ia jadi satu kelebihan. Saya dapat sampai awal ke kolej dan dapat memulakan kerja seawal-awalnya. Saya pernah minta bantuan kakak untuk menjemput sekali Muhammad yang kebetulan anak-anaknya turut belajar di situ. Juga pernah meminta bantuan driver ayah untuk menjemput Muhammad balik dari sekolah. Namun Muhammad lebih senang jika saya yang menjemputnya. Sebab dia gembira melihat kehadiran saya yang berdiri menunggunya di sekolah ketika loceng terakhir berbunyi. Anak-anak memang begitu dan saya tak sampai hati. Jadi saya korbankan sedikit tenaga dan masa untuk menjemputnya di sekolah.
Pengalaman yang best. Saya duduk menunggu di kantin sambil membaca buku atau surf Iphone. Antara keperluan penting untuk ibu bapa yang menunggu anak-anak mereka di sekolah ialah... PAYUNG. Penting tau! Saya sendiri mengangkut payung besar ke sana ke mari. Heheheh...
Seronok mendengar perbualan ibu-ibu di kantin. Topik utama ialah anak-anak, masakan, makanan, dan isu-isu semasa termasuk artis. :-D
Ramai yang murah rezeki anak. Pagi tadi saya terkejut bila seorang ibu berbisik kepada saya, "Tadi saya ke pejabat. Ambil borang masuk sekolah lagi. Ni yang keenam. Tahun depan ada lagi." Alhamdulillah. Ibu ini memang murah rezeki kerana tiap-tiap tahun anaknya masuk sekolah rendah dan menengah.
Di dalam kekalutan masyarakat tentang penderaan anak, saya sendiri terpana mengapa ada manusia yang tidak berhati perut mendera anak mereka atau membuang bayi. Anak-anak adalah rezeki dan amanah Allah S.W.T. Kita bertanggungjawab menjaga dan mendidik mereka dengan sempurna. Kehidupan kita sebagai ibu bapa tidak akan ceria tanpa kehadiran anak-anak yang mewarnai kehidupan kita. Hargailah anak-anak selagi kita mampu dan terdaya.

Pandang-pandang Jeling-jeling
Assalamualaikum.
Hari ni Mr. AJ balik. Alhamdulillah. Anak-anak asyik tanya tentang dia. Saya pulak teringin nak makan seafood. Kalau dia dah balik, saya nak keluar makan dengan anak-anak. Heheheh... Hujung minggu ni kami merancang nak balik kampung. Jauh tau! Sekurang-kurangnya 6 jam perjalanan menggunakan kereta. Atau naik flight ke Sibu, kemudian naik kereta selama 1 jam ke kampung.
Pandang-pandang jeling-jeling; lagu ni best. Suka dengar irama lagu ni. Saya dan suami menyanyikan lagu ni pada hari perkahwinan kami 10 tahun yang lepas.
Sebenarnya saya nak bercakap tentang sikap manusia yang suka pandang-pandang jeling-jeling. Kenapa ye? Sakit mata ke? Atau sakit hati? Sukar nak ditafsirkan mereka yang bersikap begini. Mula-mula saya agak terkejut kerana saya mengenali mereka dan mereka juga mengenali saya. Bila berlaku beberapa kali, saya tak hiraukan mereka lagi. Yang penting, kita ambil iktibar dari situ. Muhasabah diri dan tingkatkan kekurangan diri. Saya kasihan dengan mereka. Bersikap begitu bukankah menyusahkan diri sendiri. Semoga Allah S.W.T. mengampunkan segala dosa mereka dan memberi hidayah kepada mereka.
Kita sekadar manusia biasa. Sentiasa melakukan kesilapan dan perlukan bimbingan. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini kecuali jika kita sendiri yang merasakan kita itu sempurna. Ya Allah! Jauhkan aku dari sikap sombong dan bongkak ini.
Untuk teman-teman yang membaca coretan ini, kita sama-sama mengingatkan satu sama lain. Hidup ini terlalu singkat. Tidak perlu melihat kekurangan orang lain tapi ingatlah pada mereka atas kelebihan mereka. Sebab kita semua akan bersama-sama menghadapNya yang satu. Tiada yang lebih sempurna dan kekal kecuali Allah S.W.T.

Subscribe to:
Posts (Atom)