Tuesday, January 31, 2012

Puasa Sunat

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Saya dapat memenuhi target untuk berpuasa pada setiap hari Isnin. Namun saya belum mencapai target untuk berpuasa pada hari Khamis kerana saya perlu mengajar selama 8 jam pada hari tersebut. Insya Allah. Saya tengah berusaha ke arah itu. :-D

Umat Islam digalakkan untuk berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Sebenarnya, ia elok sebagai persediaan sebelum kita berpuasa di bulan Ramadhan. Sebagai latihan awal untuk minda dan badan kita. Kita pun sedia maklum tentang kelebihan berpuasa yang telah dibuktikan dari segi sains; penghadaman, akal fikiran, fizikal, dan sebagainya.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, "Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah S.W.T.) pada tiap-tiap hari Isnin dan Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa."
Hadis Hasan Gharib, Riwayat Tirmizi

Hari Isnin juga mempunyai keistimewaan yang lain.
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Hari itu hari yang bersejarah kerana padanya aku dilahirkan, padanya aku diutus menjadi Rasul dan pada hari itulah (mula-mula) diturunkan Al-Quran kepada aku."
Riwayat Muslim

Bagi saya, berpuasa pada setiap hari Isnin adalah untuk mendisiplinkan diri sendiri, meningkatkan ibadah kepada Allah S.W.T. dan untuk lebih bersyukur kepada setiap rezeki dariNya. Selain dari itu, saya nak bayar puasa yang telah ditinggalkan sebelum ini. Tambahan pula, nak control pemakanan saya yang macam yo-yo ni. :-D

Dalam Islam, kita digalakkan untuk berpuasa sunat pada hari-hari berikut:
  • Puasa enam dalam bulan Syawal iaitu berpuasa selama enam hari sama ada berturut atau tidak selepas 1 Syawal

  • Puasa pada awal bulan Zulhijah iaitu dari 1 hingga 8 Zulhijah

  • Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijah

  • Puasa pada 9 Muharram

  • Puasa pada hari Asyura iaitu pada 10 Muharram

  • Puasa dalam bulan Rejab (mengikut kemampuan)

  • Puasa dalam bulan Syaaban kecuali pada 30 Syaaban(mengikut kemampuan)

  • Puasa pada setiap hari Isnin dan Khamis

  • Puasa selama 3 hari dalam bulan Qamariah iaitu bulan Islam dalam tahun Hijrah


Saya pernah dikenalkan kepada seorang pesara guru yang sangat sederhana orangnya. Beliau sangat peramah dan penyayang. Saya diberitahu temannya, beliau selalu berpuasa sunat dan tidak pernah tertinggal mengamalkannya. Keperibadian beliau yang tinggi membuatkan saya kagum dengan kesederhanaannya. Ini membuatkan saya teringin nak mencapai semua puasa sunat di atas. Tapi ibadah kita bukan sekadar berpuasa sunat, ia termasuk bersolat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan lain-lain. Insya Allah. Semoga Allah S.W.T. mempermudahkan segalanya untuk saya.

P.S. Anak-anak saya lahir pada pagi Isnin dan berat mereka kedua-duanya ialah 2.8 kg. Serta kedua-duanya emergency caesarian. Menarik dan menjadi ingatan saya sampai bila-bila.

Sunday, January 29, 2012

Badminton

My girls at badminton court
Iman & Isha

Assalamualaikum.

Badminton is part of our weekly activities now. It's on every Saturday at Stapok badminton court. Kids adore this game, even my sisters and my cousins join us to gain the benefits. Kids are so excited and keep on nagging me to play badminton. Badminton has become a hot topic at home, since they wake up, breakfast, lunch hour, tea break, dinner till night time. Two of my nephews and one of my nieces are staying with us during this holiday. Just imagine... handling five kids at home with badminton as their hot topic. Heheheh... I even bought a badminton bag for each of them to motivate and support them. Enjoice!



My lil' Muhammad on action

My nephews and nieces

The Famous Five
Irfan Mahathir, Muhammad Danish Farhan, Muhammad,
Iman Najiha & Nur Delisha Fadiah

Saturday, January 28, 2012

Keagungan Cinta

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh pada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai terpuji.

Hamka
P.S. I read this quote in Nur magazine for February issue. Just love it.

Friday, January 27, 2012

Salam Jumaat

Assalamualaikum.

It's been a while since my last post. My kids are still enjoying their school holidays. Plus some of their cousins are staying with us during these holidays.

My new semester will start next week. Alhamdulillah. Semoga Allah S.W.T. mempermudahkan segalanya.

My days are hectic with work, kids and Mr. AJ. Heheheh... He'll be away till next week. So I've to send and fetch Muhammad from school. Luckily his school is just nearby. My target now is to guide him more on reading. He's good in Maths as I sent him to Kumon and I also plan to let him taking English at Kumon as well. What is our new sensational game? It's badminton!!! My kids and their cousins really love it. It has become our weekly activity. Will upload several pictures soon.

Alright, till then.

Tuesday, January 17, 2012

Tips Sebelum Masuk ke Rumah

Assalamualaikum.

Semalam saya dengar satu tips yang sangat elok diamalkan oleh ibu bapa. Bila kita balik kerja;
1. Baca Bismillah 3x.
2. Langkah dengan kaki kanan untuk masuk ke dalam rumah.
3. Senyum dengan penuh gembira untuk suami, anak-anak termasuk sesiapa sahaja di rumah.

Amalan ini adalah untuk mengelakkan kita diganggu syaitan yang boleh menyebabkan kita stress, marah dan sedih. Ia juga elok diamalkan untuk menjaga hubungan kita dengan suami dan anak-anak. Selamat beramal! ;-D

Tips ini diberikan oleh Datuk Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah.

Sunday, January 15, 2012

Happy Weekend!


Credit to google.com

Friday, January 13, 2012

Rezeki Dalam Kehidupan

Assalamualaikum.

Rezeki adalah antara rahsia Allah S.W.T. yang tiada sesiapa mengetahuinya.
Ada yang bersyukur menerimanya dan ada yang mengeluh kerana rezeki yang diperoleh tidak cukup baginya.
Rezeki hadir dalam pelbagai bentuk.
Rezeki anak, rezeki kerjaya, rezeki jodoh, rezeki belajar, dan sebagainya.
Cuma satu yang membuat hati ini tertanya-tanya.
Mengapa ada yang mengeluh? Kenapa ada yang tidak berpuas hati?
Sehingga menimbulkan rasa dengki dan iri hati sesama sendiri.
Itulah masalah minda masyarakat kita pada masa kini.
Lebih suka melihat kekurangan yang ada pada orang lain dan tidak suka melihat kelebihan yang ada pada orang lain.
Sukar diterima kerana yang bersikap begitu adalah rata-rata golongan mereka yang terpelajar.
Mungkin minda mereka terlalu taksub dengan teori masyarakat moden sehingga jiwa mereka tertutup untuk menerapkan teori ajaran Islam sendiri.

Ya Allah! Jauhkan aku dari semua ini. Bimbinglah hambaMu yang lemah ini. Jadikan aku hambaMu yang bersederhana dalam segalanya. Amiiinnn...

Salam Jumaat

Assalamualaikum. Semoga hari Jumaat kita diberkati Allah S.W.T. Amiiinnn...





Credit to iluvislam.com

Thursday, January 12, 2012

First Week of January 2012

Assalamualaikum.

January 2012 is one of the busiest months for me in life. My first precious one has entered primary one and life is so hectic ever since the first day of his school. Teaching has also started plus I've to teach a new subject this semester; Computer Security. Preparation, preparation, preparation...

We received birthday party invitation for Adriana, Arash and Afza on the first Saturday of 2012. I'd just completed my final exam paper in the afternoon and after that, we headed to my sis's place. Muhammad and Iman really enjoyed their time and by the time we reached home, both of them had slept in the car.



Adriana, Arash & Afza's Birthday Party




The night before, I went to ICATS NIGHT at Merdeka Palace. The dinner theme is COWBOY. Due to my exam paper scheduled on the day after, I planned to stay only for an hour. Just to fill in my attendance. Heheheh... Managed to take two photos with Rusmah as our cowboy shirts were almost similar. Mmm... I didn't prepare much to go so no makeup and simple costume. Just to fulfill the theme requirement.










It had became headlines in Malaysia. Kuching had flash floods and they were scattered around my house area. This photo was taken around 6.30 am on the way to Muhammad's school. Unfortunately, we need to return home as floods were everywhere.



Alright then! See you in my next entry!

Thursday, January 5, 2012

Happy 3rd Birthday!

Credit to google.com
Assalamualaikum.

Today is my lil' princess, Iman Najiha's 3rd birthday. Happy Birthday sayang!
Semoga Allah S.W.T. melindungi, memberkati dan memakbulkan semua doamu, anakku. Semoga Iman Najiha menjadi anak yang solehah dan cemerlang di dunia dan juga akhirat. Amiiinnn...

Wednesday, January 4, 2012

First Entry in 2012

Assalamualaikum.

This is my first entry in 2012. I'm on leave since last week. Today is Muhammad's first day in primary one at school.

Untuk warga SK Green Road; SELAMAT BERSEKOLAH UNTUK SEMUA!!!
P.S. Fidah n Marina; kmk jumpa ramai familiar faces at SK Green Road today. Heheheh... semuanya murah dengan senyuman coz' maybe semuanya teringat dengan kenangan zaman sekolah di SK Green Road. I likkkeee!!!

We're ready by 6.00 am. Depart to school at 6.15 am and I waited there till 7.15 am. Then Mr. AJ and I left. I returned at 10.00 am for his recess break. Surprise! He's with couple of friends menikmati bekalan di kantin. Huhuhuh... My lil' boy has grown up so fast. Dah ada kawan-kawan untuk makan bersama. My niece's class is just beside his class. Muhammad is in 1 Tun Hussein and Adriana is in 1 Tun Mahathir.

I fetched him at 12.00 pm and we've been listening to his stories for the whole day. Heheheh... Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Semoga Allah S.W.T. melindungi dan memberkati pengajian anakanda Muhammad di sana.

Why SK Green Road? It's one of the best primary school and of course, I'm one of SK Green Road alumni. I'm proud to have my son there too.

Alright then, I'll post again my new entry next week. Another exam paper this Saturday and I'll return to work next Monday. Teaching will also start next week! Hooorayyy! ;-D