Monday, September 5, 2011
~ Selamat Hari Raya Aidilfitri ~ Maaf Zahir dan Batin ~
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
Saya sibuk semenjak hari pertama bercuti sehingga malam semalam. Cuma menjenguk blok yang ditinggalkan dan melawat entri terkini teman-teman lain. Alhamdulillah. Mood raya masih bersisa lagi. Tapi entahlah. Ada sesuatu yang masih tersimpan di hati.
Hari Raya tahun ini paling banyak menyimpan kenangan manis dan pahit. Ini agaknya penyebab saya ketandusan idea untuk menulis di blog. Saya memilih untuk berdiam diri sahaja. Lebih tenang begini.
Kita jumpa lagi kelak. Wassalaam.
Thursday, August 25, 2011
25th Day of Ramadhan
Happy fasting to all! Tomorrow will be my last day at office. I'll be taking one week holiday for my Raya celebration.
I've a date with Mr. AJ later on. It's his birthday tomorrow. We plan to go for iftar outside. With one of his good friend and his wife. So today, "Muhammad and Iman Najiha just stay at home ok. Mommy and Bapak nak pegi dating sekejap." But it won't be long. Just for iftar. I seldom have the chance to go out with my husband without our kids. As we always thought, "Kesian Muhammad and Iman Najiha."
What's the surprise? No surprise at all. Mr. AJ doesn't like surprise. He told me, "If you want to give me something, let me choose it." Hihihi... So I asked him to choose the perfume himself and I'll buy it for him. Our celebrations are three months in a row. August is his birthday. September is our 9th years wedding anniversary. October is my birthday and Muhammad's birthday. Iman? Iman is January's baby. So prepare the money, darling! I've lots of shopping to do. Hihihi....
I've hunting to do tomorrow. Hunting for tudung and selendang of course. Have promised some of my colleagues to accompany them for shopping. In Kuching, there are many shops or kiosks selling tudung and selendang. Almost similar to those at Jalan TAR, KL as they came from the same supplier. Maybe the selections are slightly fewer but still the price is almost similar.
Ok then! Have a great day!
Wednesday, August 24, 2011
24th Day of Ramadhan
It's sunshine and fresh this morning. Alhamdulillah. The weather is unpredictable lately. But our Ramadhan feel is still as usual. Always uplifting and feeling stronger each day.
We're in the last 10 days of Ramadhan. People are talking about Lailatul Qadr everywhere. Only chosen people shall meet the mysterious night. As usual in Ramadhan, hubby is busy with his night ibadah. He's a strong person. He never missed his night ibadah. Not like me. But with exception, I'm a lady of course. My days filled with works, children, etc. As a result, my nights filled with zzz...
I'm still coughing, the flu is there, but my voice improving. Hope I manage to recover before Raya. My kids are wondering, whose husky voice talking to them though they know it belongs to their mommy. So I keep telling them, Mommy's voice is sick. Hihihi...
Hari Raya mood? Yeah, I have them now. My mom is busy with our house deco (I still live with my parents). She loves English style. So I'm on it. It's clean, fresh and not cluttering. With light color paints, English style furnitures, and suits our house well. Alhamdulillah. I know Mom prefer something simple and cosy. Like me too.
Ok then. See you!
Monday, August 22, 2011
22nd Day of Ramadhan
How's your Ramadhan? Today is the 22nd day of Ramadhan. It's been a while since my last post as I don't feel well lately.
How's your Aidilfitri preparation? Mine is as usual. As all the baju Raya are ready, just need to buy a few more things for my parents-in-laws. Our colors? Yellow, red and blue. Hihihi... 1Malaysia theme this year!
Anyway, I'm also doing some preparation for our trip to UK. Done with my kids' clothings n shoes. Just need to buy the travel carrier and stroller. Bear in mind, I'm bringing 5 year old boy and 2 year old girl. Oh God! Can't imagine how chaotic our trip going to be. Our flight will be chaotic too. KCH-KL-DUBAI-LONDON. Will stay for several days in London. LONDON-EDINBURGH. Will stay for several days in Scotland. EDINBURGH-LONDON-PARIS. Will stay for several days in Paris. PARIS-DUBAI-KL-KCH. Finally, back to Kuching. Oh yes, I need to buy canned food, Maggi mee and some biscuits. Not forgetting my kids' diapers as well. Hihihi...
Alright! Selamat menjalani ibadah puasa. See ya!
Wednesday, August 17, 2011
Resepi Nasi Tomato
Semalam saya godek-godek buku resipi mak. Terjumpa juga resepi Nasi Tomato ni.
NASI TOMATO (versi mak saya)
P.S. Mak saya masak ikut suka dia, atau main campak je bahan-bahan masakan. Apa-apa yang dia masak, semuanya sodap belaka. Hihihi...
Bahan-bahan:
2 cawan beras Basmathi
2 cawan air
2 biji tomato (dipotong dadu)
1/4 tin Nestle cream atau susu cair (boleh dikurang kalau nak kurangkan rasa lemak)
1/4 tin tomato puree atau 2 sudu besar sos tomato (boleh dikurang kalau nak kurangkan rasa masam)
1 helai daun pandan
Sedikit garam
Bahan tumis:
1 sudu besar minyak sapi atau mentega
Sedikit rempah ratus; bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih (ikut sukatan beras)
Bawang merah, bawang putih, halia (dihiris atau dikisar)
Sedikit air mawar (Mak suka guna air mawar kalau dia masak nasi beriani, nasi tomato, nasi minyak. Kalau tak nak letak pun takpe)
Cara-cara membuatnya:
1. Cuci, rendam beras selama 10 minit dan toskan.
2. Tumiskan bahan tumis di atas di dalam periuk dan masukkan beras. Kacau sekejap.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan gaul rata di dalam periuk.
4. Biarkan nasi masak seperti biasa.
5. Taburkan bawang goreng di atas nasi ketika dihidangkan.
YUMMY!!! Sodapnya. Saya nak masak nasi tomato hari ni. Dihidangkan bersama ayam masak merah. Yum! Yum!
Tuesday, August 16, 2011
Bubbye Nasi Tomato
Agaknya bukan rezeki saya lagi hari ni. Mr. AJ sibuk dan tak dapat temankan ke bazar Ramadhan. Saya pula lebih senang sekiranya dia yang temankan kerana terlalu ramai orang di sana. Mmm... Saya makan apa-apa je yang mak masak di rumah. Alhamdulillah. Sayang mak!
Dugaan ~ Nasi Tomato
Hari ni dah masuk 16 hari umat Islam berpuasa. Tiba-tiba keinginan nak makan nasi tomato bermain di fikiran saya. Huhuhu...
Semalam teringin nak makan sate dan burger. Bila balik kerja, tengok Mr. AJ takde kat rumah. Bila telefon, dia masih sibuk dengan urusan kerja. Sedihnya. Saya beritahu dia, teringin nak makan sate dan burger. Dia pujuk dan kata, "Hari ni saya sibuk. Besok kita beli ye! Awak rehat je di rumah. Tak payah keluar". Saya akur dan bersetuju untuk tidak pergi mencari yang diinginkan. Alhamdulillah. Rezeki di bulan Ramadhan, adik beli sate manakala makcik pula masak burger di rumah. Yippeee!!! Tak sangka dapat juga makan sate dan burger semalam. Dah beberapa hari ni saya tak jamah nasi untuk berbuka puasa. Sebab sibuk makan yang lain dan rasa kenyang. Tiba-tiba teringat dengan nasi tomato. Huhuhu...
P.S. Cakap Sarawak; "Gine posa ari tok tek? Ada nak diinginkah? Pergi jak ke bazaar Ramadhan di Satok, Semarak dan Sukma. Selamat berposa! "
Tuesday, August 9, 2011
Fadhilat Puasa
Selamat pagi kepada semua. Hari ni dah masuk hari ke-9 umat Islam seluruh Malaysia dan yang sewaktu dengannya berpuasa di bulan Ramadhan. Puasa banyak memberi manfaat kepada seseorang Muslim. Bukan sahaja dari segi kesihatan, malah ia turut memberi kebaikan kepada rohaniah seseorang.
Saya suka berpuasa kerana ia dapat menenangkan jiwa. Selain membantu mengawal berat badan, ia juga dapat meningkatkan kesihatan. Beberapa bulan yang lepas, saya mempunyai masalah untuk tidur lena. Entahlah. Agaknya terlalu banyak yang difikirkan kerana saya bekerja dan belajar pada masa yang sama. Jadi saya berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis. Alhamdulillah. Masalah tidur saya dapat diatasi.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat."
Antara lain:
- Rasa bersyukur kepada Allah S.W.T. atas limpah kurniaNya yang tak terhingga
- Mendidik nafsu amarah kepada nafsu yang tenang dan tenteram
- Melatih dan mendidik jiwa supaya bersifat belas kasihan kepada mereka yang kurang bernasib baik
- Membersihkan hati dari sifat mazmumah seperti sombong, hasad dengki dan lain-lain
- Mendidik jiwa supaya bersifat sabar dan cekal dalam menghadapi cabaran dan perjuangan hidup
- Memperoleh kecerdasan akal dan fikiran
Namun, puasa yang baik perlu disertakan dengan sahur dan iftar yang sederhana. Bersahur atau berbuka puasa secara sederhana amat dituntut dalam Islam. Sempena bulan Ramadhan yang mulia, eloklah diikuti dengan solat tarawih berjemaah bersama keluarga di rumah atau di masjid. Ia juga dapat mengeratkan silaturrahim sesebuah keluarga.
Selamat berpuasa!
Wednesday, August 3, 2011
Tuesday, August 2, 2011
Saturday, July 23, 2011
Ramadhan Datang Lagi
Assalamualaikum.
Tinggal beberapa hari lagi menjelang bulan Ramadhan yang mulia. Bulan Ramadhan merupakan bulan mulia yang dinanti-nanti oleh semua umat Islam seluruh dunia. Saya dan suami turut berpuasa semenjak beberapa hari yang lepas sebagai persediaan awal untuk menjalani ibadah puasa.
Saya bercadang untuk membawa Muhammad dan Iman Najiha sama-sama bersolat tarawih di masjid. Sudah tiba waktu untuk mereka didedahkan tentang solat berjemaah di masjid dan merasakan kekuatan ukhwah sesama umat Islam di situ. Ia juga merupakan latihan terbaik untuk kedua-dua permata hati saya. Tidak sabar rasanya untuk berpuasa dan bertarawih di masjid.
Jumpa lagi kelak! Selamat berhujung minggu! Wassalaam.
P.S. Dah ganti puasa ke belum? Hihihi...
Tuesday, September 15, 2009
Wasatiyah
Ada banyak dugaan yang berlaku di bulan yang mulia ini. Rahmat Allah S.W.T! Diturunkan ujian kepada kita hambaNya supaya kita lebih bijaksana dalam menangani kehidupan ini. Syukur Alhamdulillah! Mudah-mudahan kita sentiasa menginsafi kehidupan yang sementara ini. I hope I can maintain ONE principle in life. Wasatiyah... bersederhana dalam segala hal!
Pada zaman moden sekarang semuanya perlu mengikut masyarakat Barat. Daripada pakaian sehingga ke pergaulan. Kadang-kadang terdetik dalam hati ini, bagaimana umat Islam dengan sewenang-wenangnya terpengaruh dengan aliran Barat. Hati ini pernah terkejut melihat gambar teman-teman yang bergaul bebas tanpa rasa malu. Apatah lagi melihat teman rapat yang diketahui baik budi pekerti dan tinggi peribadi. Betapa lemahnya pendirian manusia yang sanggup membiarkan dirinya tewas apabila dikelilingi dengan teman-teman yang bergaul bebas antara lelaki dan juga perempuan. Sungguh mengejutkan! Tidak terlintaskah dalam fikiran mereka bahawa bergaul bebas sebegitu boleh menimbulkan fitnah di kalangan sesama manusia. Untuk yang sudah berkahwin, bagaimana dengan suami atau isteri mereka yang menanti dengan penuh setia di rumah? Untuk yang belum berkahwin, bagaimana dengan ibu bapa mereka yang tidak tahu dengan perlakuan anak-anak mereka? Tidak terfikirkah mereka dengan akibatnya kelak?
Tidak perlu terlalu outstanding untuk mendapat perhatian orang lain. Tidak perlu mengikut semua aliran terkini demi mendapat perhatian kawan-kawan. Cukuplah dengan bersikap sederhana dalam menjalani kehidupan seharian. Yang penting, kita ada pendirian hidup yang tegas dan mengikut syariat Islam.
Bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah.
Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan. Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil."
Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut. Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira."
Ya Allah Tuhan Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang! Aku memohon kepadaMu semoga dijauhkan suamiku, diriku, anak-anakku daripada godaan dunia yang tiada batasan. Tetapkan dalam diri kami sikap bersederhana dalam segala hal. Lindungilah kami Ya Allah! Amin...
Thursday, August 20, 2009
Welcome Ramadhan
Ramadhan is a very important part of every Muslim’s life. Ramadhan is the month of giving and mercy, and during this month Allah blesses the believers with forgiveness and great reward. This is a time to stop and contemplate, to look inwards and out, it is a time to set our goals. We should ask ourselves what we want to achieve this month - something we will carry into our futures.
Every Ramadhan, my hubby will spend the last 10 nights of Ramadhan to beriktikaf at the mosque. I'll be busy preparing his food for his sahur at the mosque and I'm very happy to do it. This year's Ramadhan will be great because I have Muhammad and Iman Najiha to join us for sahur and berbuka puasa (sungkei).
Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
HARAPAN RAMADHAN (by Raihan)
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua...



