Thursday, July 26, 2012

Salaam Ramadhan

Bismillahirrahmaanirrahiiim.

Assalamualaikum.

Marhaban Ya Ramadhan. Selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga ibadat puasa kita semua mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

Hadis riwayat Ahmad al-Bukhari dan Muslim, begitu juga Ashab al-Sunan, yang maknanya, “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu.

Monday, July 16, 2012

Konvensyen@Putrajaya

Assalamualaikum.

Saya menghadiri konvensyen di Putrajaya hari ini. Sempat berjumpa dengan Marina dan keluarganya semalam dan hari ini. Thanks sebab hantar saya ke airport, Na!

Enjoy my pics!

Saturday, July 14, 2012

Little Bright Thinker's Open Day 2012

Assalamualaikum.

Malam ni saya ke KL. Ada persidangan yang perlu dihadiri. Jadi hari ini adalah hari bersama anak-anak kesayangan saya di LBT.

Kenangan Bersama Tuan Haji Razali

Assalamualaikum.

Saya suka dengan fasilitator kursus kali ini. Ada gaya tersendiri, suara lantang dan jelas, penuh dengan idea, smart, walaupun dah veteran tapi berkarisma.

Kami semua berpuas hati dengan bimbingan beliau. Setiap sesi pasti penuh gelak ketawa. Senang nak berkongsi ilmu jika fasilitator mudah memahami dan sentiasa bertanya tentang pemahaman peserta.

Thank you Tuan Haji! You are my new inspiration and I learnt a lot from you!

Friday, July 13, 2012

Cikgu Moden

Assalamualaikum.

Ini contoh cikgu moden zaman cyber. Baca online newspaper and guna Iconia touch screen tau!

Jalan-jalan Cari Mee Kolok

Assalamualaikum.

Ini fasilitator kursus kami, Puan Rozita. Saya dan Brenda bawa dia shopping kek lapis di Mira, kampung seberang. Banyak yang dia borong sebab semuanya sedap. Saya promote kek lumut, kek hati pari dan kek lapis india. Satu kotak dia borong.

Lepas tu kita jalan-jalan cari mee kolok kat Kafe D'Tamu, Satok. Sukanya dia sebab sedap dan unik.

Mee Belacan

Assalamualaikum.

Fashitah sibuk promote mee belacan. Memang sedap tapi saya jarang makan mee belacan ni. Jadi yang lain pun sibuk nak merasa.

Suasana Kursus

Assalamualaikum.

Inilah suasana berkursus. Happy and enjoyable!

Wednesday, July 11, 2012

Hari Ketiga Berkursus

Assalamualaikum.

Semalam saya balik menjenguk anak-anak sekejap. Kemudian balik lagi ke hotel untuk menghadiri kursus.

Inilah kawan-kawan baru saya termasuk blogger cute, Fashitah.

Monday, July 9, 2012

Minggu Berkursus

Assalamualaikum.

Minggu ini saya berkursus. Alhamdulillah. Dapat juga berehat sekejap sambil menambah ilmu pengetahuan.

Sunday, July 8, 2012

Ofisku

Assalamualaikum.

Inilah ofis baru saya. Baru masuk bulan ketiga saya pindah ke sini. Alhamdulillah. Semoga semuanya diberkati Allah S.W.T.

Ni adik-adik saya. Heheheh... Kami tengah sibuk menyiapkan jadual waktu untuk semua unit.

Mini gathering TVET

Assalamualaikum.

Jabatan kami mengadakan mini gathering untuk pertama kali. Jadi saya beli kek harijadi khas untuk mereka yang menyambut harijadi dari bulan Januari hingga Jun.

Inilah reaksi adik-adik saya. Heheheh...

Tahniah Siti!

Assalamualaikum.

Saya berkesempatan menghadiri majlis doa selamat perkahwinan Siti dan suaminya semalam. Alhamdulillah. Semoga Siti sentiasa bahagia dan dimurahkan rezeki. Siti merupakan koordinator Perhebat dalam jabatan TVET.

Thursday, July 5, 2012

Discovering Information Retrieval Terrain

Assalamualaikum.

I attended a presentation session on Discovering Information Retrieval Terrain at UiTM Sarawak earlier today.

Interesting! I met my friends and cousin too.

Wednesday, July 4, 2012

Malam Nisfu Sya'ban

Assalamualaikum.

Gambar ini diambil oleh adik saya selepas solat Maghrib. Subhanallah.

Sunday, July 1, 2012

Update Lagi

Assalamualaikum.

Semenjak berpindah jabatan, jadual kerja harian saya amat padat. Pasti ada urusan dan kerja yang perlu diselesaikan setiap hari.

Baru hari ini berkesempatan untuk update dan blogwalking. Seronok membaca pengalaman dan cerita kehidupan sahabat-sahabat blog yang lain.

Cerita kehidupan saya tidak jauh berbeza dengan orang lain. Pengalaman dan dugaan yang diterima banyak mengajar saya tentang kehidupan dunia yang terlalu singkat ini. Seorang sahabat yang dikenali pernah berkata, "Usah terlalu memikirkan tentang sukarnya kehidupan ini kerana ia cuma duniawi." Beliau menasihatkan saya untuk meningkatkan lagi amalan ibadah kepada Allah SWT.

Ramadhan pun akan tiba tidak lama lagi. Tidak sabar menanti kehadiran bulan yang mulia ini kerana banyak pengalaman manis beribadah yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata.

Selamat menikmati hujung minggu bersama keluarga!

Ubat Hati

Assalamualaikum.

Mengubati hati bukanlah sesuatu perkara yang mudah tapi bukan juga sesuatu perkara yang sukar. Ia bergantung kepada keikhlasan dan daya usaha diri sendiri.





Credit to google.com

Zikir Harian

Assalamualaikum.

Zikir harian di bawah cukup ringkas untuk dijadikan amalan setiap hari. Semoga kita semua beroleh keberkatan darinya. Sharing is caring.

Have Faith


Credit to iluvislam.com

Tanda-Tanda Penyakit Qalbu

Assalamualaikum.

Sebagai peringatan dan panduan kita bersama. Tanpa kita sedari, kita mengalaminya. Maka perlu berusaha untuk mengatasinya.

Tanda-tanda Penyakit Qalbu
  • Kehilangan cinta yang tulus
  • Gelisah kerana urusan dunia
  • Susah terharu
  • Sukar khusyu' dalam beribadah
  • Malas beramal
  • Gemar melakukan dosa

Insya Allah! Allah SWT sentiasa bersama kita.
Daripada Dia kita datang, kepada Dia kita tetap kembali.