Thursday, September 3, 2009

Manusia berubah

Kadang-kadang tidak semua perkara mudah untuk dinyatakan...

Wahai Tuhan kami, Kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami, serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik pemberi rahmat.
(Al-Mu'minuun:109)


Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)Nya. Maka Dia mengilhamkannya kejahatan dan kataqwaan. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya. Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya. (As-Syams:7-10)

Hati dalam bahasa Arab disebut qalbu, yang bersifat muqallabun ertinya berubah-ubah.

Sebagai hamba Allah Yang Maha Kuasa, kita hendaklah sentiasa berdoa supaya sentiasa ditetapkan hati dan pendirian dalam hidup kita sendiri.

Mengapa tiada ketetapan dalam diri manusia dan sentiasa berubah-ubah? Manusia bersifat dinamik iaitu sentiasa berlainan mengikut peredaran masa.

Yang penting akidah yang benar tidak boleh diubah kepada akidah yang salah. Perubahan hendaklah bersesuaian dengan kebijaksanaan manusia itu sendiri.

Hati yang terumbang-ambing antara kebaikan dan kejahatan atau dengan kata lain antara malaikat dan syaitan. Hati ini akan sering merasa ragu disebabkan kadang-kadang timbul daya tarikan kepada kejahatan, tetapi pada waktu itu akan datang pula daya tarikan kebaikan.

Firman Allah bermaksud : "Maka barang siapa yang hendak dipimpin oleh Allah, nescaya dibukakanNya hatinya untuk Islam, dan siapa yang hendak disesatkan oleh Allah, maka Allah akan menjadikan dada orang itu sesak dan sempit seperti orang-orang yang tidak beriman. Dan inilah jalan Tuhanmu, jalan yang lurus. Sesungguhnya telah kami jelaskan keterang-keterangan kepada kaum yang mahu memperhatikan ." (Al-An'am : Ayat 125-126)

" Wahai Tuhan yang membolak-balik segala hati makhlukNya! Tetapkan olehMu, ya Allah hatiku atas agamaMu."

Mudah-mudahan hati kita dipimpin oleh Allah sehingga segala amal ibadah lahiriah sejalan dengan hati, disebabkan Taufiq dan HidayahNya. Amin...

No comments: