Assalamualaikum.
Semenjak berpindah jabatan, jadual kerja harian saya amat padat. Pasti ada urusan dan kerja yang perlu diselesaikan setiap hari.
Baru hari ini berkesempatan untuk update dan blogwalking. Seronok membaca pengalaman dan cerita kehidupan sahabat-sahabat blog yang lain.
Cerita kehidupan saya tidak jauh berbeza dengan orang lain. Pengalaman dan dugaan yang diterima banyak mengajar saya tentang kehidupan dunia yang terlalu singkat ini. Seorang sahabat yang dikenali pernah berkata, "Usah terlalu memikirkan tentang sukarnya kehidupan ini kerana ia cuma duniawi." Beliau menasihatkan saya untuk meningkatkan lagi amalan ibadah kepada Allah SWT.
Ramadhan pun akan tiba tidak lama lagi. Tidak sabar menanti kehadiran bulan yang mulia ini kerana banyak pengalaman manis beribadah yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata.
Selamat menikmati hujung minggu bersama keluarga!
1 comment:
betul tu ...tak sabar menanti ramadhan.....ni laa peluang tuk pertingkatkan amal ibadah dan sambil tu leh diet jugak heheeheheh....
Post a Comment