Wednesday, May 18, 2011

Teman Sejati

Entry ini telah saya tulis sebelum ia hilang semasa Blogger sedang menjalankan 'maintenance work'.



Credit to iluvislam.com

Assalamualaikum.

Pagi yang sungguh hening dan menyegarkan. Usai solat Subuh, saya sediakan susu untuk anak-anak. Alhamdulillah. Perasaan saya tenang dan tenteram pagi ini. Agaknya, penangan satay, ketupat dan lychee kang sedikit sebanyak menenangkan jiwa ini. Hihihi...

Saya menonton rancangan Dr. Fadzilah Kamsah awal pagi tadi. Tajuknya: Teman Sejati. Memang mudah mencari teman, tapi sukar untuk mencari teman sejati. Saya bersetuju dengan pendapat sahabat saya, Marina. Teman untuk bersenang-senang memang ramai, tapi teman untuk sama-sama bersusah payah memang sukar dicari. Ketika zaman persekolahan, mudah untuk berkongsi air yang berharga lima puluh sen bersama teman tapi bila sudah dewasa sukar untuk mencari teman yang boleh berkongsi susah payah dengan kita.

Untuk teman-teman zaman persekolahan, saya ucapkan terima kasih kerana kita masih berhubung sehingga sekarang walaupun masing-masing sudah mempunyai komitmen dan kehidupan sendiri. Saya berjumpa dengan ramai teman baru tapi tidak sekukuh persahabatan saya dengan teman-teman zaman persekolahan. Malah ada yang menjalin persahabatan sekadar untuk mencapai matlamat sendiri. Lepas itu, saya langsung tidak diendahkan. Itu perkara biasa. Mula-mula saya agak terkilan tapi sekarang saya telah pun belajar untuk menilai perkara tersebut.

Semoga Allah S.W.T. membuka hati mereka yang tidak mampu menilai erti persahabatan. Amiin...

No comments: