Credit to tumblr.com
Assalamualaikum.
Selamat menikmati hujung minggu bersama keluarga!
Saya baru saja selesai menduduki peperiksaan akhir semester pendek pagi tadi. Alhamdulillah. Lega dan gembira!
Banyak urusan yang tertunggak pada minggu ini. Kertas peperiksaan akhir, nota kuliah, latihan dalam kelas dan kuiz untuk pelajar perlu disediakan pada hari Isnin kelak. Mmm...
Suami tersayang tiada di rumah. Dia memang selalu kerja di luar daerah bersama ayahanda tercinta. Dalam sibuk-sibuk pun kami sempat meluangkan masa bersama Muhammad dan Iman pada malam Rabu yang lepas. Aktiviti kami? Menonton Transformers di MBO. Yang seronoknya, saya dan suami yang tonton wayang sampai habis. Muhammad dan Iman pula seronok melelapkan mata atas kerusi. Hihihi... Lepas habis wayang, kami makan Mee Kolok di Satok. Adik dan anak saudara saya turut serta pada malam itu. Kesian anak-anak comel saya. Mereka tidur nyenyak sampai pagi. Letih tengok Transformers agaknya.
Saya lebih suka dengan cerita Transformers yang pertama. Lebih "thrill" dan ceritanya menarik dari awal sampai akhir. Saya masih ingat, suami dan saya tidak berganjak dari kerusi malah kami tidak sedar yang cerita tersebut sudah berada di penghujung. Siri Transformers selepas itu pun hebat juga cuma tidak sehebat siri yang pertama.
Jumpa lagi kelak! Wassalaam...

2 comments:
lum sempat gik nk nangga robot2 yg bjuang demi kmakmuran sejagat :P
hihihi... bolehlah cerita tok fidah. entertaining!
Post a Comment