Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak yang bakal tiba tidak lama lagi, saya nak berkongsi satu resipi minuman istimewa yang selalu saya minum ketika mengandung dan menyusukan Iman. Jus ini memberikan banyak tenaga ketika berpuasa. Resipi ini diberikan oleh seorang teman di SusuIbu.Com dan kami semua berkongsi resipi ini untuk menikmati khasiat jus kurma susu madu yang lazat ini.
Jus Kurma Susu Madu
- 3 - 5 biji kurma (dibuang biji)
- Satu sudu kecil madu
- Segelas susu penuh krim atau susu rendah lemak Dutch Lady
- 2 - 3 kiub ais (terpulang kepada pilihan masing-masing)
- Sebiji buah pisang kecil (terpulang kepada pilihan masing-masing)
- Satu sudu kecil Shaklee Mealshake (terpulang kepada pilihan masing-masing)
2 comments:
Terima kasih Intan, kongsi resepi ni. Maksue memang suka jus kurma tapi biasa beli yg kordial tu je... nanti boleh cuba buat ni nanti....sedapnya minum tengah panas terik ni
Kasih sama2 Maksue. Jus ni mmg sodap! It's a great milk booster for breastfeeding moms.
Post a Comment