Selamat pagi kepada semua. Hari ni dah masuk hari ke-9 umat Islam seluruh Malaysia dan yang sewaktu dengannya berpuasa di bulan Ramadhan. Puasa banyak memberi manfaat kepada seseorang Muslim. Bukan sahaja dari segi kesihatan, malah ia turut memberi kebaikan kepada rohaniah seseorang.
Saya suka berpuasa kerana ia dapat menenangkan jiwa. Selain membantu mengawal berat badan, ia juga dapat meningkatkan kesihatan. Beberapa bulan yang lepas, saya mempunyai masalah untuk tidur lena. Entahlah. Agaknya terlalu banyak yang difikirkan kerana saya bekerja dan belajar pada masa yang sama. Jadi saya berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis. Alhamdulillah. Masalah tidur saya dapat diatasi.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat."
Antara lain:
- Rasa bersyukur kepada Allah S.W.T. atas limpah kurniaNya yang tak terhingga
- Mendidik nafsu amarah kepada nafsu yang tenang dan tenteram
- Melatih dan mendidik jiwa supaya bersifat belas kasihan kepada mereka yang kurang bernasib baik
- Membersihkan hati dari sifat mazmumah seperti sombong, hasad dengki dan lain-lain
- Mendidik jiwa supaya bersifat sabar dan cekal dalam menghadapi cabaran dan perjuangan hidup
- Memperoleh kecerdasan akal dan fikiran
Namun, puasa yang baik perlu disertakan dengan sahur dan iftar yang sederhana. Bersahur atau berbuka puasa secara sederhana amat dituntut dalam Islam. Sempena bulan Ramadhan yang mulia, eloklah diikuti dengan solat tarawih berjemaah bersama keluarga di rumah atau di masjid. Ia juga dapat mengeratkan silaturrahim sesebuah keluarga.
Selamat berpuasa!

No comments:
Post a Comment