Monday, October 3, 2011

City of London ~ Day 2

Muhammad & Iman Najiha (London, 18 September 2011)



Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Saya selalu check blog tapi tak sempat nak update. Time is so limited. Perjalanan ke London mengambil masa hampir sehari suntuk sebab kitaorang tukar flight beberapa kali. I'd recommend Emirates Airlines. Selesa, entertainment yang disediakan untuk penumpang sesuai bagi setiap peringkat umur, makanan halal disediakan dan perjalanan pun sangat lancar. My dad chose Emirates Airlines because it's cheaper compared to others.





Me & my lil' ones



Bab pakaian dan kasut; memandangkan saya ni bertudung, so tak payah beli baju long sleeve lagi. Yang penting, kena ada at least thermal for body and leg for warmth, one sweater, one jacket (in case hujan) dan invest to buy good sport shoes or sneakers as we walk a lot in London. I'd recommend Reebok Classic Ballistic EXT. Hari tu shopping sneakers, nak beli Nike tapi takde size. Alhamdulillah. Dad suruh beli Reebok hitam ni sebab kat sana kena banyak berjalan kaki. Bila check size, the smallest is size 7 (ni kasut lelaki). Kebetulan, saya ada bawa stoking yang dibeli khas untuk ke sana (winter socks). So this size is absolutely perfect for me. One tip, better buy at least one or half size bigger than the actual size of your shoes. Untuk memberi ruang keselesaan pada kaki ketika berjalan kerana guna stokin tebal. Kalau guna but, mungkin sesuai untuk sesetengah orang. Tapi disebabkan but ni tinggi sedikit, ia mungkin menyebabkan sakit pada tumit dan pada betis. Saya juga belikan sport shoes untuk Muhammad dan Iman Najiha. Teknik yang sama, one size bigger as mereka pun guna winter socks. Untuk jimatkan ruang pada luggage, bawa satu sweater dan satu jaket dah cukup. As it will be cheaper to buy sweater or jacket in London. Lagi banyak pilihan tau! (Hihihi... shopping ler...). Pastikan ada ruang kosong pada luggage untuk tempatkan barang2 yang kita beli seperti souvenirs. Ataupun, beli je bag luggage baru kat sana sebab harganya pun sederhana.




In front of our hotel Holiday Villa, Westminster


Kat London, keluarga saya stay at hotel Holiday Villa. Yang best, ada masakan Malaysia halal kat sini. We were informed that this hotel belongs to a Malaysian. Ramai Malaysian stay kat sini. Pada hari kedua, ada rombongan kebudayaan Malaysia duduk kat hotel ni sebab ada persembahan di Trafalgar Square. This is 4 star hotel and there is a promotion right now for Malaysians. Please check their website for further information.



With my beloved family


Bawa anak-anak pergi bercuti memang memenatkan. Jadi kalau anak-anak berumur kurang dari 6 tahun, bawalah stroller and baby carrier. Adik saya beli double stroller yang boleh bawa dua orang anak tapi harganya mahal sedikit. So kalau nak jimat, guna satu stroller dan satu baby carrier. Shopping malls and streets in London memang sesuai untuk stroller sebab mereka menggalakkan warga London menggunakan stroller and they even support the use of baby car seat for safety.


With my sisters at Oxford Street



With my sisters at Hyde Park


Kalau jalan-jalan kat London, mesti naik bus double-decker London Sightseeing Tour. Lagi seronok dan puas hati sebab kita akan tahu tempat-tempat menarik kat London. Bas ni dua tingkat and better duduk kat atas. Yang seronoknye, budak-budaklah. Dahlah sejuk, kena tiup angin lagi kat atas tu. Mereka ada tiga kategori; Adult: sekitar 26 pound, Child: sekitar 13 pound, Family: sekitar 91 pound. Tapi mereka ni sentiasa ada promotion, so harga ni tak fixed. Mesti lebih murah daripada harga biasa sebab hari tu kitaorang dapat harga yang murah untuk family. Mereka siap bagi souvenirs lagi untuk budak-budak. Untuk sekali bayaran, kita boleh naik bas tu berulang-ulang kali dalam sehari (dalam sehari je tau, besok dah tak boleh guna lagi).


Lastly, I'd recommend a sling bag. Not too small and not too big. Just enough to put passports (saya kena simpan 4 passports), cellphone, small purse, tissue, compact powder, lip gloss/lip balm, etc. Paling mudah guna sports sling bag sebab fabriknya ringan compared to leather fabric. So boleh tarik kat depan dan letak antara sweater and jacket.


Makanan halal ada dijual di London as ramai orang Arab dan India Muslim kat sini. We even found a halal Chinese restaurant. Harganya? Jauh lebih mahal compared to makanan kat Malaysia. Satu lagi, it's difficult to find public toilet in London. Unless you're at restaurant or shopping malls. Toilet kat sana bersih tau. Most of the toilets are sensor-based and tissues are always provided.


Okay. Esok saya update City of London ~ Day 3 pulak. See you!

4 comments:

Liza Abd Rahim said...

dah balik? yay..alhamdulillah..seronok tgk gambar and baca cite..Usu nampak enjoy!

Good tips and angah pun dah beli kasut2 1 size bigger sbb dah terkena sekali last time..sangat sakit kaki..

Terus kan bercerita and nak tgk pic byk2.:)
Comel iman dah muhammad..:)

MRS. AJ said...

Terima kasih angah. Memang kena beli saiz kasut yg besar sikit coz kalau saiz ngam2 nanti sempit pulak kasut tu. So far usu takde sakit kaki pun kat sana. Alhamdulillah. Nanti usu update lagi ye!

❤ lovelymasha❤ said...

salam kenal....sy tengah survey utk ke london...mencari info sebelum ke sana...

stay kt holiday villa hotel satu malam brapa kosnya ye...kalau blh share...tk

MRS. AJ said...

Salam lovelymasha. Tak berapa pasti the exact figure sbb ayah n hubby yg uruskan. Anyway, boleh check their website as sekarang Holiday Villa ada special promotion untuk Malaysian.