Assalamualaikum.
.
Bukan mata tidak melihat tapi hati itu buta.
.
Kita digalakkan untuk bersangka baik sesama insan namun masih ada yang cuba mengambil kesempatan di atas kebaikan kita. Berhati-hati dalam menjalani kehidupan. Terlalu mudah mempercayai kata-kata orang lain juga boleh memudaratkan kita. Ada insan yang manis bertutur kata tetapi hati tidak seikhlas bicara.
.
Mudah-mudahan Allah S.W.T. sentiasa melindungi kita dari orang-orang yang berniat jahat dan cuba mengambil kesempatan ke atas diri kita. Amiin...
.
***Suami tercinta mengingatkan diri ini agar sentiasa menjalin hubungan yang baik dengan sesiapa sahaja tetapi berpada-pada dalam memberi kepercayaan. Mudah untuk menjalin persahabatan katanya. Namun sukar untuk menjaga hubungan itu andainya ada sahabat yang tidak ikhlas terhadap kita. Terima kasih suamiku.
No comments:
Post a Comment