Monday, August 1, 2011

Hari Pertama

Assalamualaikum.

Hari pertama dalam bulan Ramadhan yang mulia. Hari pertama juga saya kembali bekerja sebagai pensyarah sepenuh masa. Mmm... Rindu dengan Iman Najiha yang tinggal bersama neneknya di rumah. Walaupun ada pembantu yang menjaga, saya masih juga menelefon bertanyakan keadaan Iman di rumah. Huhuhu...

Saya gembira dapat kembali bekerja sepenuh masa. Ada banyak kerja tertunggak yang perlu diselesaikan segera. Ramai teman yang menegur kehadiran saya awal pagi tadi. Namun begitu, ada juga yang masam mencuka melihat kehadiran saya di sini. Biasalah. Tidak semua senang dengan kita di tempat kerja. Tak mengapa. Saya redha dan mendoakan semoga mereka bahagia dengan setiap perbuatan mereka terhadap saya.

Saya sentiasa berharap agar kesabaran saya sentiasa berada di tahap yang tertinggi kerana saya juga sekadar insan biasa. Mudah-mudahan ujian ini bisa saya tempuh dengan tabah.

Malam tadi, kami sekeluarga menunaikan solat tarawih bersama-sama. Kesian Iman! Lantaran kesibukannya bertelekung dan bersolat, dia terpijak kain sendiri dan terhantuk dahinya ke lantai. Saya terkejut lantas membawanya ke bilik dan menyapu minyak di dahinya. Menangis pun sekejap. Selebihnya sibuk dengan Burung Marah (Angry Bird... hihihi....).

Alhamdulillah. Semoga bulan Ramadhan yang mulia ini membawa sejuta keberkatan, kebahagiaan dan kejayaan dalam kehidupan kita. Amiiinnnn...

4 comments:

Cik Specky said...

xpa lah intan, kita bsangka baik jk dgn apa yg ada d sekeliling kita, insyaallah kita xkan rugi apa2..

salam ramadhan & selamat bpuasa to u & family, dr kmk sekeluarga.. from jb with leb.. :)

MRS. AJ said...

Salam Ramadhan untuk ktk n family juak! Yalah, hati manusia tok sukar nak difahami. Kawan jadi lawan. Lawan jadi kawan. Benar kata kitak Fidah, brsangka baik jak dgn semua. Kita sik akan rugi apa2.

mummysyafie said...

sabar jak tan, gia juak keadaan aku di opis tok. tapip amik pendekatan secara bait jak..embak haluan dirik empun. bergaul dengan orang yang boleh nerimak kita seadaanya.

MRS. AJ said...

Yalah na. Sama jak dgn aku di sitok. Pande2 ngembak dirik. Rami gik yg boleh brkawan dgn kita seadanya.