Sunday, July 17, 2011

Jus Kurma Susu Madu

Assalamualaikum.
Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak yang bakal tiba tidak lama lagi, saya nak berkongsi satu resipi minuman istimewa yang selalu saya minum ketika mengandung dan menyusukan Iman. Jus ini memberikan banyak tenaga ketika berpuasa. Resipi ini diberikan oleh seorang teman di SusuIbu.Com dan kami semua berkongsi resipi ini untuk menikmati khasiat jus kurma susu madu yang lazat ini.
Jus Kurma Susu Madu
  • 3 - 5 biji kurma (dibuang biji)
  • Satu sudu kecil madu
  • Segelas susu penuh krim atau susu rendah lemak Dutch Lady
  • 2 - 3 kiub ais (terpulang kepada pilihan masing-masing)
  • Sebiji buah pisang kecil (terpulang kepada pilihan masing-masing)
  • Satu sudu kecil Shaklee Mealshake (terpulang kepada pilihan masing-masing)
Semua bahan di atas dikisar bersama untuk menghasilkan jus kurma susu madu. Saya menambah buah pisang dan Shaklee Mealshake untuk mendapatkan hasil yang lebih lazat. Yummy!!!

2 comments:

Maksue said...

Terima kasih Intan, kongsi resepi ni. Maksue memang suka jus kurma tapi biasa beli yg kordial tu je... nanti boleh cuba buat ni nanti....sedapnya minum tengah panas terik ni

MRS. AJ said...

Kasih sama2 Maksue. Jus ni mmg sodap! It's a great milk booster for breastfeeding moms.