Wednesday, February 1, 2012

Anak-anak

Assalamualaikum.

Tiba-tiba terasa letih. Penat jugak ke sana ke mari. Ini masuk hari ketiga saya menghantar dan menjemput Muhammad dari sekolah. Mr. AJ pulak baru balik ke Kuching hari ni. Alhamdulillah.

Kedudukan kolej tempat saya mengajar agak jauh dari sekolah Muhammad. Ibarat dari hujung bandar ke hujung bandar (eh, betul ke?). Agaknya kot. Tapi memang jauh. Traffic jam di sana sini. Saya pulak kena berkejar sebab mengajar. Biasanya Mr. AJ yang uruskan, tapi dia travelling untuk beberapa hari. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya saya tahu masa yang sesuai dan tempat parking kereta yang sesuai untuk menjemput Muhammad. Menghantar Muhammad pada awal pagi bukan satu masalah bagi saya kerana ia jadi satu kelebihan. Saya dapat sampai awal ke kolej dan dapat memulakan kerja seawal-awalnya. Saya pernah minta bantuan kakak untuk menjemput sekali Muhammad yang kebetulan anak-anaknya turut belajar di situ. Juga pernah meminta bantuan driver ayah untuk menjemput Muhammad balik dari sekolah. Namun Muhammad lebih senang jika saya yang menjemputnya. Sebab dia gembira melihat kehadiran saya yang berdiri menunggunya di sekolah ketika loceng terakhir berbunyi. Anak-anak memang begitu dan saya tak sampai hati. Jadi saya korbankan sedikit tenaga dan masa untuk menjemputnya di sekolah.

Pengalaman yang best. Saya duduk menunggu di kantin sambil membaca buku atau surf Iphone. Antara keperluan penting untuk ibu bapa yang menunggu anak-anak mereka di sekolah ialah... PAYUNG. Penting tau! Saya sendiri mengangkut payung besar ke sana ke mari. Heheheh...

Seronok mendengar perbualan ibu-ibu di kantin. Topik utama ialah anak-anak, masakan, makanan, dan isu-isu semasa termasuk artis. :-D

Ramai yang murah rezeki anak. Pagi tadi saya terkejut bila seorang ibu berbisik kepada saya, "Tadi saya ke pejabat. Ambil borang masuk sekolah lagi. Ni yang keenam. Tahun depan ada lagi." Alhamdulillah. Ibu ini memang murah rezeki kerana tiap-tiap tahun anaknya masuk sekolah rendah dan menengah.

Di dalam kekalutan masyarakat tentang penderaan anak, saya sendiri terpana mengapa ada manusia yang tidak berhati perut mendera anak mereka atau membuang bayi. Anak-anak adalah rezeki dan amanah Allah S.W.T. Kita bertanggungjawab menjaga dan mendidik mereka dengan sempurna. Kehidupan kita sebagai ibu bapa tidak akan ceria tanpa kehadiran anak-anak yang mewarnai kehidupan kita. Hargailah anak-anak selagi kita mampu dan terdaya.

6 comments:

Kakmim said...

muhammad ktk sekolah ne? syukurlah ktk ada chance ngambik ngantar anak ke sekolah... kmk kerja jauh gik... x tauk gik ada x peluang nk ngantar iman ke sekolah... kecuali mun nya sekolah rah area mek ngajar jak

sidak surirumah kali... ya murah rezeki... mun kita tok kerja.. nang mala jak maternity leave nang alu x nerimak APC lah... hehehehe... semuanya ada pro n kontra bah... syukuri apa yg ada

MRS. AJ said...

Muhammad masuk darjah 1 d SK Green Road. Ktk kerja d Politeknik kah? Mun d sia, mmg jauh. Alhamdulillah. Berpeluang utk ngantar n ngambiknya d sekolah. Lelah juak berkejar ke sia sitok. Kmk ngajar d ICATS, opposite Giant d Tabuan. Yg kmk sik tahan ya traffic jam sia sinek.

Alhamdulillah. Rezeki kita dlm pelbagai bentuk. Dlm rezeki kita pun ada rezeki org lain juak. Sama2 kita bersyukur, sama2 kita gembira.

Anna Sue said...

i saw you yesterday or this morning..i was sending my daughter..she's in primary 6

MRS. AJ said...

Hi sis! Lamak sik brloyar dgn ktk. Anak ktk d Green Road juak? Yalah kmk tok dah gago dgn anak brsekolah. How r u sis? How's business? Kmk ada window shopping d kedei ktk d SP.

Kakmim said...

oh, icats kh ppks? kmk di kolej komuniti mas gading, di bau... jauh gik dr poli... coz poli nektok pakei highway baru ya dkt jak... hihi

MRS. AJ said...

ICATS is subsidiary under PPKS. Ktk kerja d Bau? Oh... sgt jauh itu. Benar2. Poli dah dekat sbb ada highway. Ktk ngajar apa? Mesti kamboh awal2 pagi nak turun kerja sbb nak ngelak jam.