Thursday, February 9, 2012

Pemandu Tak Beretika

Assalamualaikum.

Pagi-pagi dah dikejutkan dengan sikap pemandu yang tidak beretika. Saya pun terfikir sejenak, inikah sikap manusia yang tidak bertamadun dan panas baran tidak bertempat.

Saya nak keluar dari simpang, kebetulan ada kereta yang masuk ke simpang tempat saya menunggu giliran keluar. Jadi saya keluar seperti biasa. Saya nampak ada van berwarna kelabu di belakang kereta tersebut dan saya fikir tidaklah menjadi masalah untuk dia memberi peluang saya keluar. Rupa-rupanya dia marah dan menekan hon. Saya anggap dia mungkin nak cepat dan saya biarkan. Kemudian saya bertukar ke lane kanan kerana saya menuju ke jalan utama. Rupa-rupanya dia juga bertukar ke arah yang sama dan dia marahkan saya lagi. Bukan itu sahaja, dia potong saya dari sebelah kiri, mengomel (tak taulah apa yang dia cakap) dan siap tunjuk-tunjuk tangan lagi. Saya cuma tengok dia dan ambil nombor lesen keretanya.

Yang menjadi persoalan saya, bagaimana orang sebegini boleh diambil menjadi pemandu untuk menghantar budak-budak sekolah? Kerana saya nampak beberapa orang budak berbaju sekolah duduk dalam van tersebut. Bukankah dia menjadi contoh yang tidak baik kepada budak-budak tersebut? Agaknya pemandu van itu sudah hilang kewarasannya. Takkanlah dia marah kerana saya keluar dari simpang? Saya pun bukan pemandu kereta sport laju. Saya cuma drive kereta Myvi je. Saya pun bukannya potong kereta dia malah saya berada jauh di depan. Takkan itu pun nak marah sampai bunyikan hon dan tunjuk-tunjuk tangan lagi kat saya. Orang yang bersikap panas baran memang begini. Mereka sering rasa tertindas dan marah walaupun orang lain tidak berniat untuk berbuat jahat terhadap mereka.

Saya doakan agar dia diberikan ketenangan dan hidayah kerana saya kesiankan budak-budak dalam van tersebut. Semoga keselamatan mereka terjamin.

P.S. Saya call JPJ Sarawak dan membuat aduan. Bukan untuk kepentingan diri sendiri, tapi untuk kepentingan semua terutama budak-budak sekolah dalam van tersebut. Mungkin hari ini saya terkena, mungkin hari esok orang lain pula yang terkena.

No comments: