Assalamualaikum.
Memetik kata-kata Ustaz ketika saya berjumpa dengannya beberapa hari yang lepas;
"Yang penting, solat wajib lima waktu mesti ditunaikan. Tidak boleh ditinggalkan sama sekali. Ketika tidak boleh bersolat, kita mesti berzikir setiap hari. Insya Allah! Setiap masalah dapat diselesaikan dengan baik.
Tiada istilah 'menunggu seru' atau menunggu pintu hati terbuka untuk berubah ke arah yang lebih baik. Kerana tiada siapa yang dapat membuka pintu hati kita kecuali kita sendiri. Untuk memudahkan pintu hati kita terbuka, kita wajib bersolat dan memohon kepadaNya.
Tiada juga istilah bermula dengan solat 1 waktu, 2 waktu, 3 waktu, 4 waktu atau 5 waktu. Yang wajib adalah wajib ditunaikan."
Kita sekadar hamba Allah S.W.T. Ramai yang ambil mudah tentang solat. Sedangkan solat dan doa adalah senjata utama kita sebagai hambaNya. Benar, kita terlalu memikirkan dunia sehingga terlupa kita juga sebahagian dari akhirat. Masa kita terlalu singkat di dunia ini. Tiada siapa yang tahu bila, di mana, mengapa, kenapa, dan bagaimana.

2 comments:
insyaallah..semoga kite menjadi umat sebaik2 umat.....
thanks kerana saling ingat mengingati.....
Kasih sama2. :-D
Alhamdulillah. Semoga kita sama2 dpt menjadi umat Islam cemerlang di dunia dan di akhirat.
Post a Comment