Thursday, March 29, 2012

Langit

Credit to google.com


Assalamualaikum.

Sepanjang perjalanan ke ofis saya sentiasa menoleh ke arah langit yang sangat cantik dan indah pada pagi ini. Setiap kali berhenti di lampu isyarat, saya pasti melihat dan merenung keindahan ciptaan Allah SWT ini.

Ramai yang tahu bahawa keindahan langit mampu menenangkan hati kita. Alhamdulillah. Hati yang resah pasti kembali tenang ketika menghayati ciptaan Allah SWT ini. Warnanya biru tenang, awan-awan berwarna putih tersusun menarik ibarat sebuah lukisan yang indah dan ditambah lagi dengan keheningan pagi yang sangat tenteram.

Saya akan mengajar dari pukul 8 pagi hingga 3 petang pada hari ini. Phew! Semoga kisah kehidupan saya pada hari ini lebih menarik dan lebih tenang dari hari-hari sebelumnya. Insya Allah!

No comments: