Thursday, December 1, 2011

Musim Cuti Sekolah

Credit to iluvislam.com


Assalamualaikum.


Sekarang ni musim cuti sekolah. Mesti ramai yang dah buat perancangan untuk bercuti bersama keluarga tersayang. Dalam masa sebulan lagi, tahun baru 2012 akan menjelang. Apa perancangan anda pada musim cuti ni? Pasti ada yang menarik terutama bercuti bersama anak-anak.


Saudara mara saya di sebelah keluarga ibu merancang untuk bercuti bersama pada hujung minggu ketiga bulan Disember ini. Saya pulak tak sabar menanti. Minda dan tubuh ini terasa sangatlahhh penattt. Teringin nak berehat dan melupakan sebentar kerja dan belajar. Yang pastinya percutian kami kelak mesti havoc dan meriah. Adik beradik ibu seramai 10 orang manakala abang dan beberapa adik ibu ada yang sudah bercucu. Lokasi kami bercuti? Tak pasti lagi. Santubong Resort, Damai Puri Resort atau Serapi Resort? Semuanya menarik. Cuma menanti keputusan adik beradik ibu sahaja.


Hidup ini singkat je kan? Tapi ramai yang tak menghargai betapa indahnya saat-saat manis dan pahit dalam hidup ini. Oleh itu, rancanglah untuk pergti bercuti supaya kita dapat refresh dan memulakan tirai tahun 2012 dengan lebih bersemangat. Yang penting, kita mesti enjoy bersama keluarga tersayang. Jumpa lagi!

No comments: