Wednesday, December 14, 2011

Sahabat

Credit to iluvislam.com

Assalamualaikum.
Erti persahabatan menurut Imam Syafie:

1. Sahabat yang baik ialah sahabat yang seiring sejalan dengan kita dan menjaga nama baik kita ketika senang dan juga susah.

2. Sukar mencari sahabat yang setia bersama ketika kita susah. Andainya kita senang, mereka iri hati tetapi andainya kita susah, mereka bertepuk tangan. Betapa sukarnya mendapat seorang sahabat yang sejati.

3. Sahabat di sekeliling kita ibarat roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. Ketika dilimpah kemakmuran, ramai yang menjadi sahabat tetapi ketika ditimpa musibah, ramai yang menjauhkan diri.

4. Lebih mudah bersendiri ketika tiada sahabat yang bertaqwa kerana itu lebih baik daripada bersahabat dengan mereka yang jahat. Jiwa lebih tenang beribadah daripada bersahabat dengan mereka yang perlu diwaspada.

5. Sukarnya mencari sahabat sejati di zaman ini. Tinggalkan mereka yang bodoh dan sombong dan jauhkan diri daripada mereka yang menganggap diri terlalu mulia.

6. Sahabat yang menjauhkan diri ketika kita susah sebenarnya lebih bersifat sebagai seorang musuh. Tiada yang abadi dan tiada teman sejati yang betul-betul dapat bersama ketika kita susah.

7. Dalam diri manusia, ada tipu daya dan rayuan. Ibarat duri jika dipegang, ibarat bunga jika dipandang.

8. Barangsiapa menghormati orang lain, dia tentu akan dihormati. Barangsiapa menghina orang lain, dia tentu akan dihina juga. Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya adalah satu pahala. Barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya adalah satu seksa yang dahsyat.

9. Menjadi seorang pemaaf dan tiada rasa dengki membuatkan jiwa kita tenang dan bebas. Ketika musuh melewati kita, kita hormat kepadanya. Semua ini untuk menjaga kita dari kejahatan. Tunjukkan kemesraan kepada mereka sebagaimana kita menunjukkan kemesraan kita kepada mereka yang kita sayang.

10. Jaga diri kita dan lidah kita, tentu kita akan bahagia walaupun terpaksa hidup tanpa sahabat.

11. Apabila kita menginginkan kemuliaan seperti orang-orang yang mulia, maka dekatilah mereka yang membangun rumah untuk Allah S.W.T. Hanya orang yang berjiwa mulia dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tetamunya, baik yang masih hidup atau sesudah mati.

12. Jika sahabat kita tidak dapat menjaga nama baiknya, maka tinggalkan dia kerana ramai yang lebih baik darinya. Tidak semua sahabat menyayangi kita sepertimana kita menyayangi mereka. Jika hati mereka tidak ikhlas maka perasaan mereka itu seperti dibuat-buat dan tinggalkan mereka kerana mereka akan mensia-siakan kita.

P.S. Dalam kehidupan ini, ramai yang bersifat sahabat sementara. Sahabat ketika kita dilimpah kemakmuran, bukan sahabat ketika kita tiada lagi kemakmuran. Sukarnya mencari sahabat yang beriman dan sama-sama bertaqwa kepada Allah S.W.T. Ibarat melihat kuntuman bunga di taman, wangi dan cantik dipandang tapi berduri ketika dipegang.

2 comments:

Cik Specky said...

"Everyone is a friend until they prove otherwise."

. . . :'(

MRS. AJ said...

Yes, Fidah. Betapa sukarnya mencari sahabat sejati. Terutama sahabat yang sama-sama berjuang di jalan Allah S.W.T.