
Credit to google.com
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
P.S. Assalamualaikum. Salam Jumaat untuk semua. Ayat seribu dinar ini sesuai dijadikan amalan setiap hari. Banyak kelebihannya terutama menenangkan hati yang resah dan diamalkan apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara. Insya Allah!
No comments:
Post a Comment